Categories: Trending

[VIDEO] Uncle Kentang Mohon Maaf Atas Salah Faham, Anggap Semua Orang Ada Covid-19

Seorang lelaki berbangsa cina yang terkenal kerana dengan kerja amal, Kuan Chee Heng telah menjadi tular baru-baru ini apabila sebuah kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook miliknya telah disalah ertikan.

Chee Heng atau mesra digelar sebagai Uncle Kentang telah memuatnaik sebuah status yang telah mengundang salah faham orang ramai mengenai dirinya diijangkiti Covid-19.

Ramai pengguna Facebook telah membanjiri ruangan komen status tersebut dengan mendoakan kesejahteraan Uncle Kentang dan berharap agar Uncle Kentang segera sembuh.

Tidak betah dengan salah faham yang timbul, Uncle Kentang telah bertindak meminta maaf menerusi Facebook Live dan menerangkan keadaan sebenar tentang kesihatan dirinya. Dalam pada masa yang sama, Uncle Kentang juga telah menasihatkan orang ramai tentang cara terbaik untuk mencegah wabak Covid-19.

”Saya mohon maaf dengan mesej awal yang ramai tidak faham. Ramai yang kata saya ada Covid. Bukan. Sebenarnya saya nak beritau prosedur nak nyah COVID.

“Anggaplah diri kita ada COVID, anggaplah orang lain ada COVID, itulah yang penting untuk bagaimana kita nak kekal jarak dengan orang lain.

“Bila kita anggap orang lain tiada COVID-19, maka kewaspadaan itu akan turun.

“Bila turun, kita akan buat salah dan akan ada ruang untuk COVID berjangkit,” terangnya.

Tambahnya Uncle Kentang lagi, kita perlu berwaspada di mana sahaja kita berada lebih-lebih lagi di tempat terbuka seperti pasaraya.

“Anggap super market ada Covid, jadi kamu akan sanitize satu troli, sanitize satu bakul, keep stay away daripada orang lain.

Then you will be 100 percent alert. Jika tidak alert, kamu akan jadi penyebar,” jelasnya lagi.

Salute lah Uncle Kentang!

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover