Maria Tunku Sabri Kongsi Resepi Masakan ‘Unik’ Sepanjang PKP, Bubur Jagung Lockdown Pun Ada!

Memasuki hari ke 30 tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, nampaknya ramai individu yang mula memuat naik video memasak mereka!

Selain video pesanan sebagai langkah berjaga-jaga sepanjang PKP ini, video aktiviti memasak artis tanah air antara yang menjadi tumpuan netizen apabila mereka menunjukkan kemahiran memasak mereka.

Tidak ketinggalan, personaliti popular TV3, Maria Tunku Sabri yang popular menerusi rancangan Jalan-Jalan Cari Makan turut memuat naik beberapa menu masakannya di Instagram.

Uniknya, apa yang mencuit hati netizen adalah nama setiap masakan yang diberikan oleh Maria memang kelakar habis! Jom tengok antara 11 menu masakan dan manisan oleh Maria:

Bubur Jagung Lockdown

Ayam Black Pepper Covid-19

Jering Berlada Perutusan Diva AA

Ketam Masak Lemak Nenas Tak Reti Bahasa

Bread Butter Pudding Perintah Berkurung

Ayam Berempah Takde Moral

Cucur Jagung Cerdik

Burger Menyalak

Ayam Masak Kicap BSH (Bantuan Sara Hidup)

Ayam Geprek Frontliners

Lempeng Kelapa LHDN

So, kalau ada yang dah bosan dan tidak tahu nak masak apa lagi di rumah, korang boleh lah cuba menu masakan unik ala Maria Tunku Sabri seperti di atas okay?

Selamat mencuba!

Syafiqa Irdina