Selepas Nama ‘Corona’ Dan ‘Lockdown’, Pasangan Ini Namakan Anak Mereka ‘Sanitiser’ Pula!

Macam-macam!

Sejak pandemik Covid-19 berlaku di seluruh negara, nampaknya situasi ini telah menjadikan seseorang untuk berfikir secara kreatif, termasuk dalam menamakan anak mereka!

Kalau sebelum ini tular beberapa pasangan ibu-bapa yang menamakan anak mereka ‘Lockdown’, ‘Corona Kumar’ serta ‘Corona Kumari’, baru-baru ini tular pula ada pasangan yang menamakan anak mereka ‘Sanitiser’!

Perkara tersebut berlaku di wilayah Saharanpur di Uttar Pradesh, India.

“Sanitiser Jadi Keperluan Ramai Orang”

Menurut laporan India Today, bapanya Omveer berkata, pasangan tersebut bersetuju menamakan anak mereka dengan nama sanitiser kerana alat itu merupakan benda yang wajib dan menjadi keperluan ramai orang sekarang.

“Menggunakan cecair pembasmi kuman (sanitiser) sangat penting untuk memastikan diri kita selamat daripada Covid-19.

Saya dan isteri sangat kagum dengan langkah diambil Perdana Menteri, Narendra Modi dan Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adityanath dalam melawan wabak ini.

Oleh itu, kami sepakat memberi anak kami nama Sanitiser. Apatah lagi, ia digunakan setiap orang ketika ini bagi mengelak penularan kuman di tangan kita,” katanya kepada India Today.

Cecair pembasmi kuman itu kini banyak dibekalkan secara percuma kepada rakyat negara itu dalam usaha kerajaan memastikan semua orang kekal selamat daripada jangkitan.

Untuk maklumat berkaitan dan info terkini tentang COVID-19, korang boleh lihat di TV3 dan laman Youtube Buletin Utama okay?

Kredit: India Today

Syafiqa Irdina