Categories: Trending

“Ini Bukti Kasih Sayang Cikgu Aminah” Bekas Pelajar Berlumba-lumba Bantu Cikgu Uzur

Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan cikgu Aminah ini sehingga bekas pelajar beliau berlumba-lumba untuk membantu beliau yang kini sedang uzur.

Sayang cikgu tanpa syarat

Menurut perkongsian di laman sosial Facebook, kesemua anak murid cikgu Aminah merupakan bekas pelajar SPM tahun 1990-an. Dan, mereka berkumpul dan memberi bantuan sebaik sahaja mendapat tahu keadaan cikgu Aminah.

Jarak tidak menjadi penghalang untuk berbakti kepada cikgu

Sumber : Facebook

Menurut saudari Mawaddah, beliau sendiri terharu melihat rakan-rakan beliau yang lain sama-sama datang walaupun hakikatnya, segelintir daripada mereka tinggal agak jauh.

Namun, mereka sanggup membantu dan memastikan cikgu Aminah berada dalam keadaan selesa dan sihat.

Sumber : Facebook

Tambahnya lagi, ini adalah salah satu bentuk bakti untuk membalas jasa guru yang tidak pernah berkira dan berputus asa dalam memberikan pendidikan buat anak muridnya.

Inilah bukti kasih dan sayang yang tidak bertepi. Tanpa syarat. Tanpa paksaan. Hadir dari jiwa suci yang benar-benar tulus dan ikhlas dari murid kepada seorang cikgu.

Salma Syahbuddin