Sebut sahaja kek coklat keju indulgence, sudah terbayang akan kemewahan rasanya, apatah lagi saat menikmatinya, seluruh tekstur cair di dalam mulut. Kalau ibu mengandung tengah mengidam, boleh sampai mengigau dibuatnya!
Merupakan antara kek popular dan terlaris di kafe Secret Recipe, kek coklat keju indulgence dijual pada harga RM98 untuk kek seberat 2 kilogram.
Untuk jualan dengan harga sebegitu rupa, pada pandangan penulis berpatutan kerana ia menggunakan bahan-bahan kek premium untuk mencipta rasa sensasi yang enak dan luar biasa!
Bagaimanapun kos pembuatan kek terdiri daripada pelbagai lapisan kek coklat, mousse keju, mousse coklat dan coklat ganache ini pastinya lebih murah jika anda menghasilkannya sendiri di rumah.
Khusus untuk anda yang kebosanan dan buntu duduk di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Hijab & Heels kongsikan resipi asal pengguna Facebook, Muhammad Ali, yang bakal menguji skil anda di dapur. Jika anda berjaya menghasilkannya, anda memang hebat!
Nota: Resipi ini menggunakan loyang bersaiz 6 inci.
1. Hancurkan 100 gram Oreo sehingga halus kemudian campurkan dengan 4 gram mentega yang dicairkan, gaul sehingga sebati dan kemudian masukkan ke dalam loyang. Ratakan.
2. Ratakan dan letakkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit. Sekiranya ingin tebalkan lapisan Oreo tambah lagi Oreo dan mentega.
1. Cairkan 125 gram serbuk coklat gelap. Cairkan menggunakan kaedah didihan berlapis (double boil). Sesudah cair, biarkan ia sejuk.
2. Pukul 250 gram krim keju lebih kurang dua minit. Masukkan gula kastor 33 gram, diikuti satu sudu susu pekat manis dan 1 sudu kecil esen vanila. Pukul sehingga sebati.
3. Lepas itu masukkan serbuk coklat gelap yang dicairkan tadi ke dalam adunan krim keju tersebut dan gaul sehingga sebati.
4. Kemudian pukul pula 125 gram krim putar sampai kental.
5. Masukkan krim putar yang sudah dipukul tadi dengan adunan krim keju dan coklat tadi, gaul sehingga sebati.
6. Sesudah selesai lapisan kedua, tuangkan adunan itu ke atas lapisan kerak Oreo tadi.
7. Sejukkan dalam masa 30 minit lagi.
1. Masukkan 250 gram krim keju.
2. Masukkan gula kastor 33 gram.
3. Masukkan satu sudu kecil esen vanila (Jika tidak menggunakannya pun tidak mengapa).
4. Pukul dalam 3 minit kemudian masukkan 125 gram krim putar.
5. Gaul sehingga sebati.
6. Tuangkan ke atas lapisan kek coklat keju tadi.
7. Biarkan sejuk dalam 30 minit.
1. Guna teknik didihan berlapis (double boiler).
2. Masukkan 125 gram krim putar.
3. Masukkan 125g serbuk coklat gelap.
4. Masukkan 1 sudu mentega.
5. Kacau perlahan-lahan di atas api yang perlahan.
6. Sudah kelihatan agak pekat dan tekstur nampak likat serta berkilat boleh tutup api.
7. Biarkan dalam 10 minit baru tuang ke atas lapisan indulgence tadi.
Beberapa tip dan informasi yang perlu diketahui anda:
1. Sejukkan semalaman (kerana resipi ini adalah tidak memerlukan dibakar maka wajib semalaman).
2. Memerlukan masa yang agak lama untuk hasil dan rasa yang mewah!
Hasilnya pasti menggembirakan anda, selamat mencuba
Wah, MK jadi jahat!
Bagus Aslam, rajin cari rezeki untuk dua isteri!
Bukan kesalahan perempuan aje tau!
Abby Abadi reda menerima ujian ini.
Wah, mesti best kan!
Pandangan mata Bella tu penuh dengan rasa cinta untuk Aliff Aziz 🥲🥹 Sedihnya..