[TERKINI] Pelaksanaan E-Bazaar Kini Dibatalkan!

Kerajaan telah memutuskan tidak membenarkan e-Bazar dilaksanakan bersempena Ramadan kali ini terutamanya dalam tempoh PKP.

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerangkan, hasil daripada mesyuarat hari ini, dan mendengar serta meneliti beberapa pandangan Kementerian Wilayah melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), cadangan untuk melaksanakan e-Bazar adalah tidak dibenarkan.

Sumber : Google

“Mesyuarat hari ini memutuskan sebarang bentuk perniagaan berkaitan bazar atau gerai Ramadan termasuk dalam bentuk pandu lalu serta tempah dan ambil tidak dibenarkan” Katanya ketika sidang media harian di Putrajaya hari ini.

Untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai kawalan pergerakan dan Covid-19, jangan lupa saksikan Buletin Utama, jam 8 malam ini hanya di TV3.

Salma Syahbuddin