Hari Pertama Dana PKP Siti Nurhaliza Dilancarkan, Kini Kumpul RM16,763.00

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi Siti Nurhaliza Production (M) Sdn Bhd, kini menubuhkan pengumpulan Dana Peduli, Kemanusiaan dan Prihatin (PKP) Siti Nurhaliza.

Menurut Tok Ti, ianya sebagai langkah permulaan dalam mensasarkan pengumpulan dana untuk keperluan segera dalam kategori Peduli iaitu sebanyak RM 50K.

Dan, walaupun baru sehari dilancarkan Dana PKP Siti Nurhaliza ini mendapat respon positif daripada orang ramai.

” Alhamdullillah, semalam hari pertama Dana PKP Siti Nurhaliza di lancarkan , terkini kita sudah mengumpul sebanyak RM 16,763 .00 .. Ayuh semua kita bersama sama membantu seikhlasnya & semampunya bagi meringankan beban sesama kita… Inshaa allah .. ‘Tidak akan papa bagi orang yang bersedekah…” Tulisnya. 

Jadi, untuk korang yang mahu mengetahui dengan lebih lanjut mengenai dana PKP Siti Nurhaliza ini, korang bolehlah klik danapkpsitinurhaliza

Salma Syahbuddin