Categories: Trending

Viral Isu Pembuangan Toksik, 34 Sekolah Ditutup di Pasir Gudang

Viral di laman twitter apabila kes pembuangan toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang menyebabkan murid di sekolah mengalami masalah sesak nafas akibat terhidu gas toksik berbahaya.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Scientex, yang terletak kira-kira 11 kilometer dari kawasan pembuangan sisa kimia berbahaya itu dipercayai antara sekolah yang terjejas akibat kes itu.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik hari ini mengarahkan 34 sekolah ditutup sehingga notis selamat dikeluarkan berikutan masalah pencemaran udara. Beliau turut khuatir akan keadaan kesihatan pelajar sekolah yang menghidu gas toksik tersebut.

“Keutamaan utama pihak kita adalah keselamatan pelajar, guru dan juga kakitangan sekolah” ujar beliau yang ditemui di lawatan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih.

Kes ini mendapat perhatian netizen di laman Twitter apabila seramai 70 pelajar SMK Taman Scientex  dihantar ke hospital kerana menghidu gas toksik tersebut. 

 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”