Categories: Trending

Viral Minuman Bubble Tea, Psikologis Ini Bagi Amaran Kadar Gula Berlebihan Dalam Bubble Tea

Minuman bubble tea kini semakin menjadi trend hangat di media sosial, rata-rata netizen kini dilihat terlalu obses dengan pelbagai jenama bubble tea. Memang la minuman bubble tea ni sedap tapi apa yang korang terlepas pandang adalah kadar gula yang berbahaya dalam minuman itu sendiri. 

Kalau korang nak tahu, satu kajian yang dijalankan oleh Channel NewsAsia dengan kerjasama pelajar Diploma Sains Makanan dan Nurtrisi dari Politeknik Temasek Singapura menunjukkan kandungan gula yang sangat tinggi dalam enam jenis perisa minuman bubble tea.

sumber: https://www.channelnewsasia.com/news/singapore/bubble-tea-sugar-content-sweeter-than-coke-soda-11063316

         

Hasil kajian sangat mengejutkan apabila mendapati kandungan gula di dalam minuman tersebut mempunyai kandungan gula antara 8 hingga 20 sudu teh. 

Satu perkongsian di Twitter oleh seorang psikologis bernama Aiman Amri  turut meluahkan kerisauannya terhadap trend yang tidak sihat ini. 

sumber:https://twitter.com/AimanPsikologi

Kalau korang nak tahu kandungan gula yang terdapat dalam bubble tea juga dikatakan lebih tinggi daripada kandungan gula dalam air Coke. Bahaya la guys.

Untuk korang yang obses dengan bubble tea ni berpada-pada la ye. Kalau nak ikut trend pun, kesihatan kena jaga tau. Jangan nanti menyesal di kemudian hari.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”