Categories: Trending

Vokal Mania: Raih Hampir 1 Juta Tontonan, Tomok Tak Sangka Battle Dengan Fatin Afeefa Trending Lebih Seminggu Di YouTube

Penyanyi yang merupakan idol dalam program Vokal Mania, Tomok tidak menyangka gandingannya dengan rookie, Fatin Afeefa dalam segmen battle pada 14 November lalu terus mendapat maklum balas baik positif netizen.

Menyampaikan lagu Satu Hati Sampai Mati dendangan asal penyanyi Indonesia, Thomas Arya dan Elsa Pitaloka, Tomok menjadikan perkara ini sebagai batu loncatan untuk memberikan persembahan yang terbaik dalam Vokal Mania.

ARTIKEL BERKAITAN: Vokal Mania: “Aku Ulang Banyak Kali Wei” – Battle Fatin Afeefa & Tomok Jadi Perhatian Netizen, Trending #7 Di YouTube!

Sehingga artikel ini ditulis, battle terbabit masih kekal berada di carta trending YouTube biarpun lebih seminggu di muat naik dan ia mendapat lebih 977,000 tontonan.

“Saya sendiri tak sangka, bermula 14 November sehingga kini, lagu terbabit kekal dalam carta trending di laman YouTube. Kini ia berada di tangga ke-9.

“Alhamdulillah, saya rasa sangat bersyukur kerana persembahan ini mendapat respons positif. Saya memandang ia sebagai salah satu dorongan untuk memberikan persembahan yang lebih baik di pentas Vokal Mania selepas ini,” katanya kepada Xtra.

Tambah Tomok, mereka turut merakamkan nyanyian semula lagu terbabit dalam versi yang lebih baik dan ia juga mendapat sambutan hangat peminat.

“Selepas itu, kami turut merakamkan lagu terbabit dalam versi yang lebih baik. Alhamdulillah, semenjak ia dilancarkan pada 18 November lalu, lagu terbabit telah mendapat hampir setengah juta tontonan.

“Ada yang mencadangkan saya keluar dengan sebuah lagu duet dengan Fatin. Sejujurnya, kami ada berbual mengenai perkara terbabit. Jika ada rezeki, Insya-Allah kami akan berkolaborasi. Buat masa ini, semuanya masih dalam perbincangan awal lagi,” katanya mengakhiri bicara.

Jangan lupa undi peserta kegemaran anda di www.xtra.com.my/vokalmania dan saksikan Vokal Mania setiap Sabtu, pukul 9 malam, di TV3!

Vokal Mania ini juga boleh ditonton strim langsung secara HD di YouTube TV3 Malaysia dan tonton.com.my ATAU menerusi LIVE TV di www.xtra.com.my/livetv dan layari www.xtra.com.my dan laman media sosial TV3 Malaysia untuk info lanjut.

Rancakkan perbualan di media sosial dengan menggunakan tanda pagar #vokalmania.

Padin