Categories: Trending

Wah, Baby 22.02.22 Juga! Dapat Baby Boy, Jamal Abdillah Sambut Kelahiran Anak Kelima

Nampaknya tarikh 22.02.22 dimeriahkan dengan kelahiran anak selebriti tanah air!

Selepas Kaka Azraff dan Syamel, penyanyi popular tanah air, Datuk Jamal Abdillah, 63, turut menyambut kelahiran anak kelimanya bersempena tarikh istimewa hari ini.

Isteri Jamal, Datin Zai Izzati, 26, selamat melahirkan anak mereka, Iskandar Rayyan Yamani pada jam 2.27 petang ini, di sebuah pusat perubatan.

Memetik laporan Harian Metro, Iskandar Rayyan Yamani dilahirkan menerusi pembedahan.

“Kami semua dah bersedia dari awal. Nampaknya, bayi pun tiada cacat apa-apa dan dalam keadaan sihat.

“Begitu juga isteri baik-baik saja. Syukur, Alhamdulillah. Kepada semua yang memberi ucapan tahniah dan doa, saya dan isteri mengucapkan terima kasih,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Our Little Baby Boy Is Strong & Healthy” – Kaka Azraff Selamat Lahir Anak Kedua Pada 22.2.2022, Peminat Puji Pandai Pilih Tarikh

ARTIKEL BERKAITAN: Baby 22.02.22! Selamat Lahirkan Bayi Perempuan, Ernie Zakri & Syamel Dibanjiri Ucapan Tahniah, Komen Anuar Zain Paling Win

Terdahulu, Jamal mendedahkan isterinya sepatutnya dijangka bersalin pada 28 Februari, namun dipercepatkan kepada hari ini kerana tarikhnya yang cantik.

Sumber: Harian Metro

Padin