Post Gambar Bersama Suami, Tapi ‘Baby Bump’ Yang Jadi Perhatian, Peminat Mira Filzah Teruja Tunggu #EmirAmirah Junior

Berita mengenai kehamilan pelakon dan pengacara kesayangan ramai, Mira Filzah ternyata disambut baik oleh rata-rata peminatnya di seluruh negara.

Malah, perkongsian terkini Mira menerusi muat naik gambar di instagram miliknya ternyata mengundang rasa teruja dalam kalangan warganet.

Tampil berseri disamping suami tercinta, Wan Emir Astar, pelakon yang digelar sebagai The Malaysian Sweetheart ini sekali lagi mencuri perhatian apabila ‘baby bump’ nya kini sudah jelas kelihatan.

Malah, rata-rata peminat dan rakan artis mengucapkan tahniah dan memuji mommy to be ini kelihatan comel dan cantik sehingga ada dikalangan mereka yang sudah tidak sabar menunggu kelahiran baby #EmirAmira junior.

Terdahulu, Mira Filzah pernah mencuri perhatian peminat setianya apabila kelihatan cengkung dan kurus sehingga ada yang mengandaikan pelakon yang popular menerusi drama Pujaan Hati Kanda ini mengalami masalah kesihatan.

ARTIKEL BERKAITAN:Masuk Trimester Ke-3, Mira Filzah Sahkan Kini Hamil Anak Pertama

ARTIKEL BERKAITAN:“Pejam Celik Hampir 4 Tahun…” – Ramai Yang Tanya Mengenai Nona, Ini Jawapan Mira Filzah

ARTIKEL BERKAITAN:Populariti Makin Merudum Lepas Kahwin? Mira Filzah Kerja Terlampau Kuat Sejak 2016

ARTIKEL BERKAITAN:Suami Titip Doa Dan Ucapan Manis Buat Mira Filzah Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun

ARTIKEL BERKAITAN:“Kalau Dah Ada Nanti Akan Diberitahu…”Konon Hamil Anak Pertama, Mira Filzah Akui Netizen Memang Laju ‘Buat’ Kerja

Salma Syahbuddin