“Our Little Baby Boy Is Strong & Healthy” – Kaka Azraff Selamat Lahir Anak Kedua Pada 22.2.2022, Peminat Puji Pandai Pilih Tarikh

Penyanyi dan pelakon, Kaka Azraff bersyukur apabila selamat melahirkan bayi lelaki keduanya tepat jam 12.05 pagi tadi.

Berita gembira itu dikongsi oleh Kaka atau nama sebenarnya, Nor Atiqa Noor Azraff, 33, menerusi ciapan di laman Twitter miliknya.

Tambahnya lagi, beliau turut bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang sentiasa menjadi tulang belakang sepanjang tempoh kehamilannya itu.

Dalam hantaran yang sama, Adam turut memanjatkan kesyukuran kerana isteri dan anaknya kini berada dalam keadaan sihat dan baik.

Malah, beliau juga turut berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan agar proses bersalin isterinya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

“Alhamdulillah, thank you kepada semua yang mendoakan. Baby momma is doing great and healthy,” tulisnya.

Menjengah diruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah di atas kelahiran bayi lelaki kedua pasangan ini apatah lagi tarikh kelahiran bayi ini dianggap sangat cantik dan rare.

Terdahulu, Kaka dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 dan telah  dikurniakan cahaya mata lelaki, Aslan yang kini berusia dua tahun.

Salma Syahbuddin