“T*t*k Kita Tak Nampak Pun, Nak Menggelabah Ayam Kenapa?” – Kak KM Bidas Dakwaan Sengaja Susukan Anak Depan Public

Kontroversi melibatkan usahawan yang juga anak kepada pelakon, Normah Damanhuri, Liana Rosli atau lebih mesra dengan panggilan Kak KM, masih menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen.

Terbaru, isu menyusukan anak di tempat awam tanpa memakai nursing cover dianggap tidak bersesuaian dengan budaya dan agama Islam.

Namun, Kak KM membidas dakwaan terbabit menerusi sesi soalan yang dibuka menerusi ruangan Instagram Story miliknya pada Isnin.

Menurutnya, isu itu sepatutnya tidak timbul memandangkan ketika keadaan berlaku, dia tidak bertindak menunjukkan bahagian privasinya itu.

“Saya setuju dengan awak, awak tak boleh nampak pun payudara saya. T*t*k kita tak nampak pun, yang kau menggelabah ayam kenapa kan? Tunjuk betul-betul baru tahu,” katanya.

Sementara itu, Kak KM juga turut menegur tindakan segelintir artis yang menegurnya berkaitan perkara sama.

“Alah nak nasihat aku, Biasalah kalau kau dah tak glamor kan? Bila kau tumpang populariti Kak KM kan… kesian, sedih! Nak dapat content lah tu….” jelasnya.

Terdahulu, penyanyi yang popular menerusi lagu Gelisah Mimpi, Liza Hanim ada memuat naik hantaran di Instagram miliknya menegur tindakan usahawan itu yang sepatutnya menjaga adab dan aurat terutamanya dalam soal menyusukan anak dikhalayak ramai.

 

Kini, Kak KM sekali lagi terpalit dengan isu baharu apabila dia melakukan tarian ‘drop challenge’ dihadapan rakan-rakan suaminya.

Video yang dikongsikan itu menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Ramai menyifatkan tindakan Kak KM agak melampau dan tidak bersesuaian dengan statusnya sebagai seorang wanita dan isteri.

 

Salma Syahbuddin