Categories: Trending

Wanita Disangka Pengemis Sah Berstatus Jutawan Selepas Meninggal Dunia!

Siapa sangka pengemis yang dilihat miskin harta ketika hayatnya rupanya memiliki wang berjuta-juta!

Walaupun kedengaran agak pelik, seorang pengemis wanita berstatus orang kelainan upaya (OKU) yang bergantung hidup menerusi sumbangan orang ramai di Lebanon disahkan meninggal dunia sebagai jutawan. Macam mana agaknya tu?

Polis tempatan terkejut selepas mendapati Fatima Othman, 52, berjaya mengumpul wang dengan begitu banyak ketika meminta sedekah di kawasan jalan raya sekitar bandar Beirut.

Mayat Fatima ditemui dalam sebuah kereta terbiar di daerah Barbir di sini bersama dua beg mengandung wang tunai AS$3,300 (RM13,100).

Pemeriksaan lanjut menemui satu buku akaun simpanan sebuah bank Fatima mengandungi deposit wang terkumpul sebanyak AS$1.1 juta (RM4.3 juta).

Jurucakap polis, Joseph Musallem menyatakan, Fatima meninggal dunia akibat serangan jantung dan tidak disiasat sebagai kes kematian akibat perbuatan jenayah.

Fatima cacat selepas cedera ketika Perang Saudara Lebanon yang menyebabkan tangan dan kakinya kudung, menurut akhbar tempatan.

Sumber: Agensi

SGMS Faida