Categories: TECHTech News

Mahu Terus Fokus Pada YouTube, Aplikasi Vevo Bakal Ditutup

Seperti mana yang kita tahu sebelum ini, YouTube adalah teras utama perkhidmatan sindikasi muzik iaitu aplikasi Vevo. Terbaharu, syarikat itu mengumumkan perancangan untuk lebih memfokuskan kepada laman perkongsian video itu berbanding aplikasinya.

Syarikat itu berkata mereka bakal memberi tumpuan kepada menarik penonton dalam kuantiti besar dan meneruskan peluang pertumbuhan pada masa akan datang. Ia juga membabitkan pembuangan beberapa elemen Vevo yang tidak perlu dalam strategi itu.

Justeru itu, aplikasi Vevo pada platform iOs, Android dan Windows bakal ditutup. Kata Vevo, itu adalah cara paling efektif dalam usaha untuk mencapai matlamat mereka. Vevo juga bakal menarik semula elemen mereka dan semua platform yang beroperasi kini.

Bagi mereka yang sudah menikmati kandungan servis melalui pelbagai tawaran yang ada, anda bakal mendapat akses untuk ciri seperti mengimport playlist ke YouTube. Pastinya, Universal/Sony/Warner Music mengambil keputusan ini pada masa yang tepat kerana YouTube bakal melancarkan servis muzik mereka sendiri untuk bersaing dengan Spotify.

Tindakan ini bakal membebankan pelan syarikat itu dengan meletakkan semua servis pada satu platform. Syarikat itu juga belum mengumumkan mana-mana platform bukan YouTube supaya dijadikan kunci strategi untuk bergerak ke hadapan. Bagaimanapun, syarikat itu masih meneruskan tawaran menerusi aplikasi di smart TV.

Selain itu, Amazon juga tidak mengumumkan pesaing YouTube kerana syarikat itu menawarkan servis untuk platform video terbaik kepada Echo. Bagaimanapun, Vevo akan memfokuskan pada pengiklanan dan kandungan original mereka kerana ia lebih memberi kesan kepada servis video Google.

 

Sumber | Ditulis oleh SGMS Epul

SGMS Enal