Categories: Trending

Wanita ini didera suaminya kerana tidak melaram ketika menghadiri majlis keramaian

Rupa bukanlah segalanya, tetapi itu bukan kesnya bagi seorang lelaki dari Jawa Tengah.

Akhmad Khumaidi, 31, dilaporkan telah mendera isterinya Ma, 23, kerana wanita itu tidak mengenakan pakaian yang menarik serta bersolek untuk menghadiri satu majlis bersamanya.

Menurut laporan Detik News, lelaki itu dikatakan berasa malu dengan penampilan isterinya memandangkan rakan-rakannya turut hadir pada majlis itu.

“Dalam perjalanan pulang, Ma telah dimaki oleh Akhmad kerana memalukannya di depan teman-teman,” kata wakil polis daerah Iptu Akrom.

Ma juga mendakwa beliau ditikam berkali-kali di bahagian lututnya dengan sebatang kunci hingga luka, dan kepalanya dihentak dengan helmet hingga hidungnya berdarah.

“Akhmad kemudian menendang kepala mangsa. Buktinya ialah kesan lebam pada bulu kening kiri, hidung dan kedua-dua kelopak mata,” kata laporan itu lagi.

Foto: Dok Polsek Kedungwuni/detik.com

Rupa-rupanya ini bukan kali pertama Akhmad, seorang tukang jahit, bertindak ganas terhadap Ma. Setelah penat menjadi mangsa kepada suaminya sendiri, Ma akhirnya membuat laporan polis, Rabu lalu.

Apabila disoal siasat, Akhmad mengaku yang sifat ganasnya itu disebabkan oleh rasa malunya terhadap Ma kerana tidak tampil cukup jelita baginya.

Berikutan perbuatannya itu, Akhmad dikenakan hukuman dan boleh dipenjarakan selama 5 tahun atau didenda sebanyak 15 juta rupiah (RM4,386).

Apa pendapat anda? Patutkah seorang wanita memuaskan hati suaminya semata-mata untuk tampak cantik di mata orang lain?

Patutkah si suami itu naik angin sampai begitu sekali di atas perkara ini?

Sumber: Detik News

Ad Ops