Categories: Trending

Warga Selangor Boleh Mohon Bantuan Khairat Kematian Akibat Covid-19 Dengan Syarat…

Kerajaan Selangor memperuntukan RM1.5 juta menerusi Pakej Kita Selangor 2.0 bagi menyalurkan bantuan khairat kematian akibat COVID-19.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, menerusi peruntukan tersebut, bantuan khairat kematian sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada waris mangsa.
Amirudin dalam kemas kini di laman Facebook hari ini turut memaklumkan, permohonan yang dibuka pada 12 Julai lalu sehingga 12 Ogos ini boleh dibuat menerusi laman sesawang www.selangorprihatin.com

Syarat-syarat permohonan

Antara syarat-syarat permohonan bagi mereka yang ingin memohon bantuan ini adalah;

  1. Warganegara Malaysia
  2. Permohonan (Waris terdekat) dan yang meninggal dunia merupakan anak kelahiran Negeri Selangor dan menetap di Selangor ATAU bermastautin di Negeri Selangor melebihi 10 tahun
  3. Disahkan meninggal dunia berpunca daripada Covid-19 oleh pihak hospital ATAU klinik kesihatan kerajaan ATAU pusat perubatan berdaftar dan dinyatakan secara jelas dalam surat kematian
  4. Meninggal dunia di Negeri Selangor
  5. Meninggal dunia pada tahun 2021 dan ke atas
  6. Terhad hanya kepada satu permohonan untuk satu keluarga sahaja

 

Tarikh tutup permohonan

Tarikh tutup permohonan bagi bantuan khairat kematian ini adalah pada;

  • 12 Julai 2021 sehingga 12 Ogos 2021

 

Terdahulu, Selangor mencatatkan jumlah jangkitan harian baharu Covid-19 yang tinggi, malah kes kematian juga berada pada tahap sama.
Salma Syahbuddin