Pelakon Indonesia Irwansyah Disahkan Positif COVID-19

Selepas penyanyi Afghan disahkan positif COVID-19. Terbaru,penyanyi dan pelakon Indonesia, Irwansya pula mengumumkan beliau kini positif COVID-19.

Berita itu dikongsi beliau menerusi laman Youtube The Sungkars Family

“Hari ini aku dinyatakan positif (COVID-19). Tapi Alhamdulillah CT (nilai ambang)nya tinggi, 29,” kata Irwan yang sebelum itu mengambil ujian antigen dan menunjukkan hasil negatif, sebelum mendapat khabar sebaliknya ketika membuat ujian PCR.

“Aku kena kerana adik aku kena. Kita sudah dua minggu lebih benar-benar di rumah, tak ke luar rumah,” tutur Irwansyah

“Belum ada gejala apa-apa, janganlah, jangan. Cuma tubuh seperti ada (rasa) berlawanan, seperti virus mahu memberi kesan. Alhamdulillah (setakat ini) badannya ‘fit-fit’ aja,” kata Irwansyah lagi.

Pelakon yang terkenal dengan filem My Heart dan Love is Cinta itu turut kehilangan insan tersayang iaitu arwah ayahnya akibat virus yang sama pada Khamis lalu.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”