Categories: Trending

“Wira Dalam & Luar Gelanggang!” – Lee Chong Wei Sumbang 50 Tablet Buat Pelajar Kurang Berkemampuan

Lagenda badminton tanah air, Datuk Wira Lee Chong Wei tampil memberikan sumbangan berupa tablet untuk kegunaan pelajar yang kurang berkemampuan.

Perkara tersebut dikongsikan menerusi satu entri dilaman Facebook, Steven Sim Chee Keong pada Jumaat.

Menurut Steven, perkara itu disuarakan sendiri oleh Datuk Lee Chong Wei menerusi panggilan telefon sebaik mengetahui mengenai program “Asal Cek Mau Pi Sekolah”.

Sebanyak 50 buah tablet bakal disumbangkan kepada pelajar yang terlibat menerusi program tersebut terutamanya bagi kegunaan pembelajaran dalam talian.

“Terima Kasih, anda memang wira di dalam dan di luar gelanggang. Terima Kasih” tulisnya.

 

 

Sumber : Facebook

Salma Syahbuddin