Categories: Trending

Ya, Saya Tak Boleh Terima, Buat Bodoh Demi Nak Kahwin?” – Dr Soo Wincci Beri Respons Kenyataan Prof Muhaya

Isu jodoh dan ‘bodoh sedikit’ nampaknya belum berakhir apabila semalam sahaja isu ini menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan netizen.

Selepas pakar bedah yang juga merupakan pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004, Dr Amalina Che Bakri tampil membidas kenyataan yang dibuat oleh pakar mata dan motivasi, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad kini, pelakon, penyanyi dan bekas Miss World 2008 ini pula menyifatkan tindakan Prof Muhaya itu adalah ‘toxic’ dalam  senyap.

Perkara tersebut dikongsi oleh Soo Wincci menerusi hantaran di laman Instagram miliknya pada Rabu.

 

“Sila lah fikir dengan mendalam, ia perangai yang sangat ‘toxic’…”

Menurut Soo Wincci, 35, wanita yang terpaksa atau buat-buat ‘bodoh’ semata-mata hendak kahwin dianggap menipu diri mereka sendiri.

“Minta maaf juga ya Prof, saya tak boleh terima ini… buat bodoh hanya demi nak kahwin merupakan sesuatu yang tak betul dan anda sedang menipu orang di samping memijak diri seniri semata-mata hendak berkahwin…”

“Biarlah tak kahwin pun tapi jangan buat bodoh demi  nak kahwin. Sebab takkan kita nak bodoh seumur hidup…”

Bagaimanapun, penerima anugerah dari The Malaysia Book of Records ini  dengan pencapaiannya sebagai “Beauty Queen with the Most Achieved Degrees” dan  “Recording Artist with the Most Achieved Degrees” memohon maaf sekiranya terlanjur kata mengenai pendapat beliau.

“Minat maaf ya jika ada tersasul kata, tapi sila lah fikir dengan panjang dan mendalam. Ia satu perangai yang sangat toxic dalam senyap” jelasnya.

Salma Syahbuddin