Categories: Trending

#SPM202Result Trending, Pelajar Kongsi Momen Keputusan SPM 2020 Yang Terbaik Dalam Tempoh 5 Tahun

Semestinya 10 Jun 2021 adalah hari yang paling mendebarkan buat rata-rata pelajar seluruh Malaysia. Namun, dengan pengumuman yang dikeluarkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin ketika siaran langsung sidang media Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 menerusi program Didik TV di TV3 pagi tadi diharap dapat menjawab segala persoalan calon SPM kita.

Menurutnya, ia pencapaian terbaik sejak tahun 2016 dengan mencatatkan pencapaian calon yang lebih baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 4.80 berbanding 4.86 pada 2019.

Malah, rata-rata calon yang berjaya mendapatkan keputusan dengan ‘straight A’s’ sempat berkongsi momen tersebut menerusi laman sosial Twitter sehingga ianya sohor kini dengan 56,000 ciapan.

 

Apapun, tahniah diucapkan buat mereka yang berjaya, bagi yang tidak berjaya tahniah juga diucapkan anda telah melakukan yang terbaik  dan jangan berputus asa okay!

Untuk makluman tahun ini sahaja, seramai 401,105 calon telah menduduki peperiksaan SPM 2020 dengan jumlah keseluruhan 83 mata pelajaran di 3,310 pusat peperiksaan.

Salma Syahbuddin