Categories: Trending

Zayne Lancar Single Ya Badratim Untuk Rasulullah SAW

Kumpulan Zayne yang baru saja melahirkan debut mereka 3 bulan yang lalu berjudul Rindu kini tampil lagi dengan sebuah single berjudul Ya Badratim.

Single ini dilancarkan bersesuaian dengan bulan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w selain ianya dapat mengajak peminat mengingati Rasul junjungan.

Single kali ini kami lancarkan bertepatan bulan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w iaitu Rabiulawwal bagi mengajak peminat memuji Nabi dan mengingati baginda lantas memperbanyakkan selawat” ulas Furqan Fawwaz yang merupakan ketua kumpulan Zayne.

Terdapat dalam 2 versi

Ya Badratim juga merupakan salah satu qasidah popular yang dirakam semula dalam versi dwi-bahasa iaitu Bahasa Arab dan Bahasa Malaysia bagi memudahkan kefahaman semua pendengar terutamanya menerusi bait lirik lagu tersebut.

“Kami rakam semula dalam versi dwi-bahasa iaitu Bahasa Arab dan Bahasa Malaysia bagi memudahkan kefahaman semua pendengar terhadap liriknya” tambah Mateen ahli Kumpulan Zayne.

Kumpulan Zayne juga berharap video muzik Ya Badratim ini mendapat sambutan yang baik dari semua peminat terutamanya dalam mengajak dan menimbulkan kerinduan terhadap Rasullullah s.a.w.

Ha, kalau korang masih belum dengar lagu Ya Badratim ni, korang bolehlah dengar menerusi saluran penstriman digital seperti YouTube, Spotify, Deezer, Apple Music dan KKbox.

Salma Syahbuddin