Euforia Bola 2026
Filem By: Fatin Nurain February 22, 2024 @ 2:33pm

Trinil: Kembalikan Tubuhku Perkenalkan Bakat Fattah Amin Di Indonesia

Syarikat produksi Seven Skies Motion telah menerbitkan sebuah filem seram yang berjudul, Trinil: Kembalikan Tubuhku.

Filem tersebut juga merupakan kolaborasi pertama mereka dengan pengarah terkenal dari Indonesia, Hanung Bramantyo.

“Saya melihat kalau terbit filem di Malaysia dan meskipun mendapat sambutan hangat, agak sukar untuk memasuki pasaran Indonesia, namun filem-filem Indonesia pula selalu mendapat tempat dalam kalangan penonton di Malaysia.

“Menerusi perancangan yang dilakukan, meskipun diterbitkan di Indonesia, saya akan tetap memasarkan filem tersebut di negara sendiri,” kata penerbitnya, Azlin Hilda.

Kata Azlin, filem ini turut terinspirasi daripada sebuah drama radio yang cukup popular dan viral sekitar 80-an di Indonesia.

Filem Trinil: Kembalikan Tubuhku dibintangi gadingan pelakon muda dan popular Indonesia seperA Carmela van der Kruk, Rangga Nattra, Shalom Razade, serta Wulan Guritno serta pelakon terkenal Malaysia iaitu Fattah Amin.

“Ketika filem ini hendak dihasilkan, ketika itu filem Mat Kilau tengah hangat di pawagam. Jadi, Hanung berasa tertarik dengan karetor Fattah dalam filem itu.

“Namun, pemilihannya bukanlah sekadar kemampuan lakonan semata-mata, tetapi popularitinya juga memainkan peranan penting dan Fattah sudah ada peminatnya sendiri di Indonesia dan menerusi filem Trinil telah membuatkan dia semakin dikenali,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Fattah Amin Buat Peminat Menangis, Watak Yusuf Jadi Buruan Di Indonesia

Dalam pada itu, selaku pengarah, Hanung turut memuji lakonan Fattah yang pertama kali membintangi filem seram Indonesia ini.

“Setiap barisan pelakon yang dipilih telah menjayakan watak yang diberikan dengan begitu baik sekali.

“Malah, kali pertama bekerjasama dengan Fattah Amin, saya cukup kagum dengan dirinya dan lakonannya juga memang diluar jangkaan saya,” ujarnya.

Filem Trinil: Kembalikan Tubuhku akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 22 Februari 2024, hari ini.

Lebih istimewa lagi, penyanyi popular iaitu Aina Abdul telah diberi peranan untuk menyanyikan lagu OST filem berkenaan berjudul Kasih Merintih.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 3 Dec 2022

Jangan Mudah Leka, Ini Nasihat Fathi Hussein Kepada Anak Muda

Pempengaruh Fathi Hussein yang juga merupakan seorang guru, terkenal dengan teknik mudahnya dalam menguasai mata pelajaran matematik tambahan. @mcplus.myawak hanya ada masa sekarang sahaja untuk lakukan yang terbaik ✨♬ original sound – mcplus.my Menerusi perkongsian […]

Hiburan Mon, 19 Jan 2026

Aedy Ashraf Enggan Ikuti Trend Throwback Tahun 2016 – “Kalau Lupakan Adakah Hidup Akan Jadi Baik Atau Sebaliknya?”

Aedy Ashraf tidak menafikan dia terinspirasi melihat perjalanan hidup orang lain

Hiburan Wed, 21 Aug 2024
Featured Wed, 24 Aug 2022
Trending Sun, 28 Aug 2022

“Ini Antara Pengubat Duka” – Noh Salleh Tersentuh Bila…

Selepas mengejutkan warganet mengenai kontroversi perceraian dengan bekas isteri, Mizz Nina, awal bulan ini, Noh Salleh tampil membuat persembahan Konsert 3 Generasi di Zepp KL, malam tadi. Menghiburkan kira-kira 3000 peminat yang hadir, Noh menzahirkan […]

Trending Thu, 1 Oct 2020

Semua Negeri Kini Diklasifikasikan Sebagai Zon Kuning

Tingkatkan kawalan kendiri dan patuh SOP

Featured Sat, 11 Nov 2023

Nas Ahmad ‘Terjah’ Perlu Jalani Rawatan Jantung Segera 

Alahai sebaknya! Moga Allah permudahkan urusan abang Nas sekeluarga. Aamiin🤲

error: Content is protected !!