Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 13, 2026 @ 8:35pm

Watak Gadis Malang Teraniaya Beri Kesan Besar, Trisha Ooi Ambil Masa 2 Minggu ‘Buang’ Karakter

Membawakan watak seorang gadis malang yang melalui pelbagai derita, aktres Trisha Ooi mendedahkan dia mengambil masa hampir dua minggu untuk memulihkan emosi dan kembali kepada kehidupan normal.

Menjayakan karakter Balqis dalam filem seram Nar’sata: Sekutu Setan, pemilik nama sebenar Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi, 27, itu mengakui watak yang dijayakan sarat dengan trauma dan memberi kesan mendalam terhadap emosi sehingga mempengaruhi rutin harian selepas penggambaran tamat.

“Sepanjang penggambaran semuanya berjalan lancar dan saya tidak mengalami sebarang kecederaan. Tetapi cabaran sebenar datang selepas selesai penggambaran sebab saya susah hendak lepaskan watak Balqis.

“Saya ambil masa lebih kurang dua minggu untuk kembali seperti biasa. Watak itu terlalu berat sampai ada masa saya menangis sebelum masuk set,” katanya kepada XTRA.

Trisha ditemui pada malam gala dan sidang media filem Nar’sata: Sekutu Setan di TGV Sunway Pyramid, malam tadi.

Selain Trisha, filem arahan Pierre Andre itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Mawar Rashid, Khatijah Tan, Wan Hanafi Su, Aniq Suhair, Fadlan Hazim dan Imranul Effendy.

Tambah Trisha, sepanjang tempoh tersebut dia menjadi lebih pendiam selain kurang berinteraksi dengan orang sekeliling.

“Saya rasa susah hendak berbual macam biasa dan lebih suka bersendirian. Pada mulanya saya sendiri tak sedar perubahan itu sehinggalah pengurus yang tegur.

“Makan pun jadi kurang dan waktu tidur saya juga tak menentu,” kata pemenang trofi Pelakon Wanita Harapan Festival Filem Malaysia 33 itu.

Bagaimanapun, gadis kacukan Melayu dan Cina ini berkata, keadaan tersebut mula berubah selepas pengurusnya meminta dia mengurangkan masa bersendirian dan lebih banyak meluangkan masa bersama orang lain.

“Bila pengurus nampak saya banyak diam, dia mula tanya apa yang berlaku. Dari situ saya cuba keluar makan dan elakkan duduk seorang diri terlalu lama di rumah,” katanya.

Nar’sata: Sekutu Setan bakal menemui penonton di pawagam bermula 21 Mei ini dengan mengetengahkan kisah Balqis, seorang wanita yang hidupnya musnah selepas menjadi mangsa kekejaman sekumpulan lelaki sebelum diselamatkan seorang nenek tua yang akhirnya mengubah seluruh jalan hidupnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 18 Dec 2021

Tawar Hadiah Wang Tunai, Skuad Didik Beri Peluang Murid Jadi Wartawan Penyiaran

Saluran hub pendidikan Malaysia, DidikTV KPM, menerusi platform ntv7 kini memberi peluang kepada murid-murid berusia antara 7 hingga 17 tahun untuk menjadi wartawan penyiaran muda! Aktiviti menarik ini dianjurkan khas untuk memberi pendedahan awal kepada […]

Featured Thu, 18 Jul 2024

“Our Little Secret Is Finally Out!” – Intan Najuwa Umum Kini Hamil Anak Sulung

Wah, tahniah! Tak sabar nak tahu jantina baby🥰😍

Featured Thu, 27 Oct 2022
Featured Sun, 19 Mar 2023
Trending Thu, 6 Sep 2018

Tenang…BSN Jawab Isu Duit Hilang Dalam Akaun

Sebanyak RM10 perlu dikekalkan dalam akaun sebagai jumlah minimum yang harus disimpan dalam akaun simpanan pelanggan.

Hiburan Fri, 5 Apr 2019

Demi Watak Ainun, Maudy Ayunda Sanggup Berhenti…

Saya juga harus berusaha menampakkan sosok seperti Ibu Ainun iaitu isteri presiden Republik Indonesia ketiga, B.J Habibie.

Trending Sun, 18 Nov 2018

Nota Terakhir Jururawat Sebelum Bunuh Diri Bersama Dua Anak

”Saya Dah Tak Mampu Teruskan Kehidupan,” Nota Terakhir Jururawat Sebelum Bunuh Diri Bersama Dua Anak

Kisah Viral Mon, 2 Dec 2024

ASIA 2024 Jadi Pentas Pempengaruh Malaysia Menyerlah di Persada Antarabangsa

Pempengaruh media sosial Malaysia mampu menghasilkan kandungan berkualiti yang setaraf dengan pencipta kandungan terkenal dari luar negara.

Trending Fri, 29 Dec 2017

Isteri lari rumah akibat suami bernafsu ‘pelik’

Si suami dahlah bernafsu ‘pelik’ mana tak si isteri lari rumah

error: Content is protected !!