Euforia Bola 2026
Trending By: Maya Basir June 26, 2022 @ 4:11pm

“Tuduhan Bersifat Fitnah!” – Idris Khan Tampil Beri Kenyataan Isu Tarik Diri, Beri Amaran Keras Pada Netizen

Pelakon Idris Khan tampil beri kenyataan tentang dakwaan mengenainya dan Amelia Henderson di dalam sidang media yang diadakan oleh penerbit A. Aida baru-baru ini.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, dia menyatakan bahawa dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan keatasnya adalah tidak berasas dan bersifat fitnah.

Oleh sebab itu, Idris membuat keputusan mendapatkan nasihat peguam dan prosiding undang-undang untuk mendedahkan kebenaran akan dilakukan.

“Atas nasihat peguam yang mewakili saya, prosiding undang-undang untuk mendedahkan kebenaran akan diteruskan,” tulisnya.

Menurut Idris, dia bertegas bahawa dia menentang sekerasnya sebarang bentuk ancaman dan buli dalam masyarakat lebih-lebih lagi di dalam industri seni.

Di akhir kenyataan tersebut, Idris mengatakan rezeki seseorang itu datang daripada Allah SWT dan dia tidak akan berdiam diri terhadap ancaman memperkecilkan peribadi, integriti dan prinsipnya dalam hidup.

“Rezeki datang daripada Allah SWT dan bukan datang daripada tangan bernama manusia,” tulis Idris.

Menjengah di ruangan komen, seorang netizen menuduh dirinya menarik diri disebabkan oleh heroinnya, Amelia Henderson.

Kemudian, Idris membalas komen tersebut supaya netizen mendengar cerita daripada kedua-dua belah pihak dahulu sebelum berkata-kata dan memberi amaran dia tidak teragak-agak untuk ambil tindakan saman terhadap komen-komen bersifat fitnah itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 7 Apr 2026
Hiburan Fri, 21 Mar 2025

Saling Mengenali Hati Budi, Ismail Izzani Kini Rapat Dengan Aktres Indonesia 

Ismail Izzani dan Gabriella Ekaputri dah hampir setahun berkenalan di media sosial

Trending Fri, 26 Jun 2020

PTPTN & PERKESO Buka Peluang Kerja Termasuk Peminjam Yang Disenarai Hitam

Mungkin ini berita baik buat mereka yang blacklisted

Hiburan Tue, 7 Jan 2020

Hayley Williams Of Paramore Hints A Solo Release?

If the rumours are trumours, then we are blessed for this new year!

Hiburan Mon, 17 Mar 2025

Bimbang Berlaku Istidraj, PU Syed Nasihat Aisar Khaled Jangan Salah Guna Kekayaan Untuk Maksiat

PU Syed tegur Aisar Khaled jangan guna kekayaan ke arah maksiat

Featured Wed, 23 Nov 2022

Tak Kisah Jawatan Perdana Menteri Lambat Diumumkan, Aeril Zafrel Harap Keputusan Capai Kata Sepakat

Pelakon dan usahawan terkenal, Aeril Zafrel bersabar menanti pengumuman bakal Perdana Menteri ke-10 Malaysia. Menurut Aeril, lebih baik keputusan yang akan dibuat mengambil lebih masa bagi mendapatkan kata sepakat semua pihak dalam menentukan keputusan yang […]

Hiburan Fri, 6 Apr 2018

Fara Hezel Dan Erry Putra Bercinta!

Walaupun hubungan cinta mereka kelihatan happy dan bahagia, Fara menjelaskan hubungan mereka masih lagi baru dan masih belum ke peringkat yang lebih serius

error: Content is protected !!