Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 30, 2025 @ 6:00pm

Tular Foto Mesra Bersama Seorang Wanita, Ini Respons Edika Yusof

Pelakon, Edika Yusof tampil memberi respons berhubung foto mesea tular bersama seorang wanita, baru-baru ini.

Menerusi ruangan komen di portal XTRA, Edika menjelaskan individu wanita bersamanya itu sudah dianggap seperti seorang adik.

“Adoi, ini macam adik saya… Saya okay,” tulisnya.

Meninjau ke maklum balas komen tersebut, ada segelintir netizen yang menitipkan pesanan kepada Edika untuk menjaga batas pergaulannya kerana terlalu rapat bersama wanita itu sehingga boleh mencetuskan fitnah.

Sebelum ini, nama Edika Yusof menjadi sebutan ramai selepas tular sebuah foto bersama seorang wanita di TikTok menerusi akaun Farah Shya yang merupakan seorang usahawan.

Dalam muat naik tersebut, wanita dikenali sebagai Farah itu memuat naik beberapa foto bersama Edika yang membuat isyarat tangan bentuk hati.

Meskipun tidak meletakkan sebarang kapsyen, perkongsian Farah telah mencetuskan spekulasi yang mendakwa Edika sudah menemui pengganti, lebih-lebih lagi di saat kes perceraiannya dengan isteri, Nor Hidayah Yusri.

Edika dan isterinya Nor Hidayah telah mendirikan rumah tangga sejak tahun 2003.

Sepanjang 22 tahun hidup bersama, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fardeen Nasrulhaq, 21 tahun, dan Fereena Nurulhaq, 20 tahun.

Pasangan ini pernah meraih perhatian ramai apabila kisah ketabahan, kesetiaan, dan kecekalan Edika menjaga Nor Hidayah selama 19 tahun tular.

Nor Hidayah mengalami lumpuh separuh badan selepas melahirkan anak kedua mereka, dan Edika tetap setia merawatnya sepanjang tempoh itu.

Artikel Berkaitan: Netizen Dakwa Edika Yusof Temui Pengganti Gara-Gara Foto Ini, Peminat Tampil Pertahan – “Wanita Itu Dah Bersuami & Ada Anak”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 13 Aug 2020
Trending Fri, 26 Jan 2018

‘Tinky Winky’ Disahkan Meninggal Dunia

Jatuh Dan Pengsan Tepi Jalan, ‘Tinky Winky’ Disahkan Meninggal Dunia

Hiburan Tue, 22 Oct 2019
Trending Sun, 29 Jul 2018

Malaysia Has Highest Diabetes Rate in Asia

We’re also part of the highest in the world.

Hiburan Fri, 8 Jun 2018

Jangan Salahkan Skrip, Bukan Rezeki Dia Dalam Produksi Bagus

Saya tidak salahkan Aiman dengan tindakannya mengeluarkan kenyataan itu sebaliknya beranggapan aktor tersebut bernasib malang kerana berlakon dalam karya dengan skrip tidak bermutu.

Hiburan Thu, 25 May 2023

Meer Nash Cipta ‘Permata’ Buat Peminat

Meer Nash Tampil Lagu Baru!

error: Content is protected !!