Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 21, 2024 @ 12:42am

Tunai Tanggungjawab… Wawa Zainal, Aeril Zafrel Bayar Zakat Perniagaan RM1 Juta

Pasangan selebriti popular, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel melunaskan komitmen mereka sebagai usahawan muslim dengan menunaikan tanggungjawab zakat perniagaan.

Melalui perniagaan poduk kecantikan milik mereka, Wawa Cosmetics, pasangan ini menyerahkan bayaran zakat sebanyak RM1 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Menurut Wawa, pembayaran zakat ini diharapkan dapat meringankan beban golongan yang memerlukan.

“Rezeki yang diperoleh bukan hanya untuk kita sahaja, tetapi ada bahagian yang perlu dikongsi dengan mereka yang memerlukan. Zakat adalah cara untuk membersihkan harta sambil membantu mereka yang berada dalam kesempitan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Aeril pula menegaskan bahawa membayar zakat merupakan usaha memastikan perniagaan mereka terus diberkati.

“Kami mahu perniagaan yang diusahakan sentiasa berada dalam rahmat Allah. Menunaikan zakat bukan sahaja memenuhi tuntutan agama, tetapi juga memberikan ketenangan dalam mencari rezeki,” katanya.

Sejak ditubuhkan pada 2016, Wawa Cosmetics telah berkembang menjadi salah satu jenama kosmetik terkemuka di Malaysia. Selain menghasilkan produk berkualiti, syarikat ini turut aktif dalam melaksanakan pelbagai program kebajikan dan kemasyarakatan.

Tindakan Wawa dan Aeril ini diharap dapat menjadi contoh kepada para usahawan lain, agar tidak melupakan tanggungjawab zakat sebagai elemen penting dalam kehidupan dan perniagaan seorang Muslim.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Mon, 2 Mar 2026

Khianat Yang Terpilih

Khianat Yang Terpilih merupakan drama bersiri Melayu 2026 yang disiarkan di TV3 menerusi slot Akasia

Featured Sat, 29 Jun 2024

Didakwa Guna Gambar ‘Soft Porn’ Untuk Promosi Produk, Akaun IG Nilofa Tampil Mohon Maaf

Baguslah kalau dah cakna menganai isu tu. Jangan main-main dengan netizen👀

Trending Fri, 6 Dec 2019
Featured Thu, 1 Sep 2022
Hiburan Thu, 5 Mar 2026
Featured Thu, 26 Jun 2025
Hiburan Wed, 1 May 2019

Nabila Razali Muntah

Nabila Razali ‘muntah-muntah’ sebelum tampil ke pentas membuat persembahan.

error: Content is protected !!