Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 16, 2024 @ 6:12pm

“Tutup Pintu Hatiku & Ku Buang Rasa Cinta Terhadap Manusia”- Bekas Isteri Pertama Datuk Red

Status Instagram (IG), bekas isteri usahawan, Datuk Red iaitu Sharifah Norshafila meraih perhatian yang berkongsi doanya kini tidak mahu lagi mencintai manusia.

Baru sahaja selesai idah pada 14 Julai lalu, bekas isteri pertama Datuk Red ini berharap agar pintu hatinya terus terkunci sehingga orang tepat muncul dalam hidupnya.

“Doa ku hari ini, dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim, ku tutup hatiku dan ku buang rasa cintaku terhadap manusia sekeras surah Al-hadid sehingga ada seseorang yang mampu membukanya selembut surah Al-rahman.

“Matikanlah hatiku daripada mencintai ciptaanmu, kecuali pada orang memang nantinya akan ditakdirkan untukku,” tulisnya.

Datuk Red

Sebelum ini, Syarifah dilihat seakan terluka selepas mengakui dalam fasa ‘mental breakdown’ dipercayai berhubung perkahwinannya bersama Datuk Red yang terlerai selepas 19 tahun berkahwin.

Malah, Sharifah juga memohon ruang dan masa untuk dia kembali kuat menempuh takdir Illahi terhadap rumah tangganya.

Datuk Red Datuk Red Datuk Red

Sebelum ini, Datuk Red memaklumkan idah bersama bekas isteri pertamanya telah selesai pada Ahad lalu selepas sah bercerai talak satu pada 14 Mei lalu.

Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu mendirikan rumah tangga bersama Syarifah pada 2005 dan mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.

Baru-baru ini juga, Datuk Red turut memaklumkan idah bersama penyanyi, Adira Suhaimi juga telah berakhir.

Artikel Berkaitan: Tempoh Idah Dengan Bekas Isteri Kedua Selesai, Datuk Red Kenang Jasa Adira Suhaimi – “Terima Kasih Sayang Jadi Asbab Saya Dikenali, Boleh Berniaga…”

Artikel Berkaitan: Bekas Suami Tergamam, Adira Suhaimi Beri Hint Nak Kahwin Semula Dengan Datuk Red? –  “Kita Nak Dengan Awak Saja, Tapi Bukan Sekarang, Lama Sikitlah…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 31 Jan 2020
Trending Sun, 21 Jul 2019

Rakaman Gadis Pijak Al-Quran, Apa Kata Bapa?

netizen dinasihatkan agar tidak terus menghukum keluarga mangsa

Featured Thu, 21 Nov 2024

PU Riz Anggap Simpan Foto Anak Dalam Dompet Sebagai ‘Old Is Gold’ … Sempat Titip Pesan Buat Bapa Muda

Muhammad Haris Mohd Ismail berkongsi  bahawa dia masih lagi menyimpan foto-foto anaknya di dalam dompet.

Featured Mon, 15 Mar 2021
Hiburan Mon, 8 Oct 2018

Wanita Mengandung Ada Tabiat Pelik Kan? Mawar Rashid Kongsi Pengalaman

Cantiknya mommy to be ni! Macam wanita mengandung lain juga, Mawar Rashid turut berdepan dengan tabiat ‘mengidam’ benda pelik. Apa agaknya tu ya?

Hiburan Tue, 28 Oct 2025
error: Content is protected !!