Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri July 10, 2018 @ 3:22pm

Twitter Rugi RM 12.45 Billion Selepas Padam 70 Juta Akaun Palsu

Seperti Facebook, Twitter juga tidak terlepas daripada dibanjiri oleh akaun-akaun palsu. Akaun-akaun ini didaftarkan atas pelbagai sebab tersendiri antaranya untuk menyerang pengguna lain, membuat kiriman-kiriman tidak sepatutnya dan banyak lagi. Twitter telah mengenalpasti bahawa majoriti daripada akaun palsu ini tergolong dalam golongan yang dikenali sebagai Russian Bots.

Mereka merupakan ‘tentera digital’ yang mempunyai kaitan dengan kerajaan Russia. Bagi memerangi golongan ini, Twitter telah mengambil keputusan untuk memadam lebih dari 70 juta akaun palsu ini daripada laman media sosial terkemuka itu.

Walaubagaimapun, tindakan mereka itu akan mengurangkan jumlah pengguna mereka secara mendadak. Ini menyebabkan pelabur mereka mula hilang keyakinan terhadap laman media sosial dari Amerika tersebut. Selain pengguna yang berkurangan, langkah ini juga akan melibatkan kos kewangan yang agak tinggi.

Pada Isnin, nilai dagangan syarikat Twitter dilaporkan menurun sehingga 9% dengan melibatkan jumlah kerugian yang sangat besar iaitu $ 3.1 billion(~RM 12.45 billion). Bagaimanapun, CEO Twitter, Jack Dorsey menegaskan ia perlu dilakukan untuk kebaikan jangka masa panjang mereka.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Thu, 26 Jul 2018

Tiada Lagi Pemain Media VLC Untuk Pengguna Peranti Huawei

Pembangun pemain media terkenal VLC Player, VideoLabs telah mengumumkan bahawa mereka terpaksa menghalang muat turun aplikasi berkenaan melalui Play Store bagi pengguna peranti Huawei. Ia perlu dilakukan memandangkan ramai pengguna Huawei tidak berpuas hati dengan aplikasi tersebut. Kredit : The Android […]

TECH Wed, 21 Mar 2018

Buka “Website” Yang Disekat Tanpa Sebarang Aplikasi

Bukan sahaja dapat membuka laman sesawang yang disekat, malah aktiviti anda juga tidak dapat dikesan.

TECH Thu, 26 Dec 2019

Maut Dipercayai Terkena Renjatan Eletrik Dari Kabel Pengecas Telefonnya

Disyorkan jauhkan tempat mengecas telefon dengan tempat tidur

TECH Sat, 16 Mar 2019

Modem 4G Dengan Fungsi “Power Bank” Terbaik

Kepada anda yang gemar melancong dan inginkan sebuah modem 4G yang berkapasiti bateri yang besar, berikut kami kongsikan 2 buah Modem MiFi dengan fungsi Power bank. 

Automobile Mon, 2 Jul 2018

「阿拉伯女人开车技术狂」首位女赛车手赛道上好霸气

随着沙地阿拉伯行之有年的女性开车禁令正式于2017年废除,但即便禁令废除,对于「父权至上」的阿拉伯而言,短时间要扭转男尊女卑的刻板印象,恐怕还是有一定难度。

TECH Tue, 18 Dec 2018

Tips untuk Meningkatkan Grafik PUBG di Android ke Flat Tepat

Ingn grafik yang cantik masa bermain PUBG ikuti langkah ini

TECH Tue, 14 Aug 2018

“Setting” Untuk Prestasi Terbaik Pada Windows 10

Cara memastikan laptop atau komputer anda dalam keadaan baik.Ternyata mudah dan senang.

TECH Wed, 2 Jan 2019

Bagaimana Mencantikkan Paparan Bar Navigasi Android

inilah cara untuk mencantikkan lagi navigation anda

TECH Thu, 18 Jan 2018

Recycle Bin Untuk Pen drive atau USB Drive Anda

Pendrive anda memerlukan ‘Recycle Bin’? Kami ada caranya.

Events Sat, 16 Nov 2019

JOOX Coins Redemption Center Perkenal Keahlian Percuma, Nikmati Tawaran Hebat!

Adakah anda peminat K-Pop? Inilah berita baik untuk anda!

error: Content is protected !!