Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Fas April 6, 2018 @ 3:17am

Uji Rashid Baru Kenal Siapa ‘Makcik Bawang’!

Sejak berita mengenai  masalah kewangan yang dihadapi sehingga hampir diusir keluar dari rumah tular di laman sosial, penyanyi era 70an, Uji Rashid sentiasa diburu mata-mata ‘mak chik bawang’.

Malah baru sekarang  Uji sendiri yang tergolong dalam usia warga emas memahami dan belajar perkataan ‘mak chik bawang’ yang merupakan bahasa pasar digunakan generasi baru terkini.

Terbaharu, Uji Rashid menjadi tumpuan jiran tetangga ketika membuat lawatan ke rumah yang bakal didiaminya di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Subang baru-baru ini.

Kehadiran Uji menjadi ‘bahan’ jiran-jiran mengambil fotonya secara rahsia ibarat lempar batu sorok tanganlah kerana bila ditanya semua tidak mengaku.

“Mereka mungkin tidak mahu mengaku sedangkan ada bunyi ‘klik’ dari telefon mereka sebagai bukti mereka ada berbuat demikian. Mereka sanggup berbohong,” memetik kenyataan Uji kepada Harian Metro.

Maklum dengan situasi berkenaan, Uji mengakui sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk berhadapan dengan jiran ‘kepoci’.

“Saya pernah merasai benda ini. Itulah sebabnya saya baru belajar perkataan ‘makcik bawang’, kata Uji yang ditemani sahabat baik merangkap pengurusnya,  Kit Rushaimin.

Pelantun lagu ‘Semakin Hari Semakin Rindu’ ini memohon netizen termasuk jiran tetangga memberikannya sedikit ruang privasi.

Menurut Uji, bukan niatnya mahu merahsiakan tarikh pindah rumah tetapi akan dimaklumkan bila waktunya menjadi kenyataan.

Pihak media pun belum dimaklumkan sedangkan jiran-jiran pula yang lebih mengetahui awal mengenai kehadirannya melawat rumah, jelas Uji Rashid hairan.

Kredit: Instagram Noh Omar.

Uji Rashid diberikan rumah PPR berkenaan  setelah permohonannya mendapat perhatian segera oleh Menteri Kesejahteraan Banda, Perumahan dan Keajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar. Kunci kediaman rumah itu telah pun diserahkan pada 19 Mac lalu dengan kadar sewa RM255 sebulan.

Moga kehadiran Uji Rashid di rumah baharunya nanti mendapat ketenangan dan tidak diganggu ‘makcik-makcik bawang’ ya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 29 Aug 2024
Hiburan Wed, 22 Aug 2018

“Pakai Jangan Seksi Sangat Please” – Netizen Kecam Zizi Kirana Kerana Suka Tunjuk Aset

Zizi Kirana sering mendapat kecaman kerana dilihat suka berpenampilan seksi

Featured Mon, 29 Nov 2021

Ebit Lew Bantu Pemuda Kudung Tinggal Di Tepi Jalan

Pendakwah terkenal, Ebit Lew bermurah hati membantu seorang pemuda kudung yang terpaksa tinggal di tepi jalan selepas mengalami kecederaan semasa bekerja dahulu. View this post on Instagram A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) Menerusi […]

Hiburan Fri, 19 Jan 2018

来马宣传是「优差」四人心水视帝视后人选是他们!

香港TVB演员袁伟豪、王君馨、陈山聪和黄智雯配合《首要媒体集团2018年节目巡礼》日前来马宣传,常来大马的他们直呼是份优差!谈及即将来临的《万千星辉颁奖典礼》,四人大谈心目中“心水”视帝视后人选。

Hiburan Tue, 15 Jul 2025
Featured Fri, 26 Apr 2024

[VIDEO] Gelagat Tiara Minta Achey Gendong Bikin Netizen Berdekah – “Beralih Buah Pinggang Ayah Awak Nanti”

Alahai Tiara! Kesian bapak awak.. Moga Achey tak terbang sampai puncak Fujiyama🤣🤣🤣

Featured Thu, 19 Feb 2026

Fazura Sifatkan Que Haidar Lelaki Bijak, Intelektual & Tenang

Menurut individu terbabit, Fazura beruntung kerana dipadankan bersama seorang lelaki yang mempunyai sikap rasional dan tidak mudah melatah seperti Que.

Featured Tue, 31 May 2022
Featured Sat, 24 Sep 2022
error: Content is protected !!