Euforia Bola 2026
Events By: Atiqah Johari November 30, 2023 @ 9:31pm

Umum Seleksi Viu Original 2024 Di Acara Viu Upfront, Viu Malaysia Perkenal 6 Siri Viu Original Menarik

Perkhidmatan penstriman video OTT pan-serantau terkemuka milik PCCW, Viu telah memperkenalkan seleksi Viu Original terbaru dari Malaysia yang akan ditayangkan pada tahun 2024 di acara Viu Upfront 2024. Acara hujung tahun yang sangat dinantikan ini mengumpulkan ramai pihak berkepentingan dalam industri hiburan, rakan kerjasama dan agensi media.

Menurut Pengurus Negara, Viu Malaysia, Kingsley Warner “Viu Upfront 2024 mengetengahkan senarai produksi tempatan yang mengujakan untuk tahun akan datang. Kami telah menghasilkan 24 Viu Original di Malaysia setakat ini dan ada enam lagi Viu Original yang bakal menemui penonton dan dibintangi oleh bakat-bakat terbaik dalam industri hiburan tanahair. Viu komited dalam mengukuhkan lagi ekosistem kreatif di Malaysia dan membawa kisah Malaysia kepada penonton di seluruh rantau ini.”

Enam Viu Original dengan pelbagai genre ini termasuklah Terlanjur Cinta, Nafsu, Gadis Masa, The Secret, sebuah sekuel untuk drama komedi romantik popular Viu, From Saga With Love, dan sebuah adaptasi tempatan daripada K-drama Strong Girl Bong-Soon.

Terlanjur Cinta yang dihasilkan oleh pengarah terkenal Erma Fatima merupakan siri pertama untuk tayangan sempena Ramadan daripada Viu Malaysia. Beliau cukup dikenali dengan karya seperti Perempuan Itu, Pesan Dari Tuhan, Akulah Balqis dan Embun.

Viu Upfront 2024 bukan sekadar menyajikan pra tayangan untuk kandungan yang akan datang tetapi juga meraikan komitmen Viu Malaysia dalam memperkukuhkan lagi industri hiburan tempatan.

Pada tahun 2023, Viu telah melancarkan empat Viu Original tempatan, iaitu Nenek Bongkok Tiga, Alter-Naratif, From Saga With Love, dan sebuah adaptasi daripada K-drama W: Two Worlds. Nenek Bongkok Tiga meraih pencapaian yang membanggakan apabila tersenarai dalam carta 5 Teratas sebagai kandungan tempatan yang paling banyak ditonton di seluruh negara bagi tahun 2023, menurut kajian AMPD 1H 2023.

Viu Original Malaysia juga menerima pengiktirafan di Anugerah Akademi Kreatif Asia 2023 dengan membawa pulang lima anugerah, termasuklah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Pengarah Terbaik (Fiksyen), Penyuntingan Terbaik, Karya Original Terbaik OTT dan Kesan Khas Terbaik.

Pencapaian ini secara tidak langsung mengetengahkan dedikasi Viu Malaysia dalam menghasilkan kandungan premium dan seiring dengan budaya yang mencerminkan kepelbagaian di Malaysia, pada masa sama menyokong industri seni tempatan melalui kolaborasi dengan pelakon dan penulis terbaik.

Viu Malaysia terus mengekalkan kedudukan teratasnya bagi jumlah langganan berbayar menurut kajian AMPD oleh Media Partners Asia bagi suku ketiga tahun 2023. Pencapaian ini menunjukkan bahawa kandungan Viu Malaysia bukan sahaja mampu mewujudkan jumlah peminat yang ramai dan berdedikasi, tetapi juga menjalin hubungan yang lebih kukuh dengan penonton tempatan demi memacu pertumbuhan platformnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 20 Jul 2018

#daiTV3 Pendakwah Nusantara Musim Ke-6 Kini Bermula!

Jangan lupa saksikan program Dai’ Pendakwah Nusantara Musim Ke-6 di TV3 sekarang!

Events Tue, 8 Jan 2019

Our Sanrio Times Exhibition Extended til February!

There’s more time for family fun.

Events Thu, 7 Jun 2018

Buka Puasa Gaya xtra! Minit Akhir Nostalgia Ramadan di 10 Binjai PNB Perdana On The Park

Nak rasa masakan seolah air tangan ibu? Nah inilah tempat paling ideal buat anda mengimbau kenangan indah menu berbuka ala desa!

Events Fri, 4 Oct 2019

Meriah! 400 Ribu Pengunjung Gegar Karnival Jom Heboh Pulau Pinang

Meriah Betul Karnival Jom Heboh Pinang ni kan!

Events Sat, 1 Mar 2025

Mengaku Penakut, Nadiya Nisaa ‘Minta’ Doa Pada Ustaz Sebelum Mulakan Penggambaran Filem – “Saya Memang Akan Baca…”

Namun, sepanjang proses penggambaan filem seram, dia tidak pernah berdepan dengan pengalaman mistik.

Events Wed, 29 Jun 2022
Events Thu, 28 Nov 2024

Bekpes Hot Baca Nama Graduan Sempena Majlis Konvokesyen UKM! Johan Paling Power, Sampai Mic Pun Boleh Jatuh

Johan kelihatan diberi tugas membaca nama-nama graduan sempena Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Ke-52 baru-baru ini.

Events Mon, 9 Dec 2024
Events Mon, 1 Apr 2019
error: Content is protected !!