Categories: Uncategorized

Apa Itu OCD? Bukan Penyakit Mental Tapi….Keresahan Melampau!

Adakah anda pernah menyedari yang anda adalah pengidap Obsessive Compulsive Disorder (OCD) atau Obsesif Kompulsif? OCD adalah sejenis penyakit di mana seseorang obsesional dari aspek pemikiran, bayangan atau cara yang bertubi-tubi (rumination).

Contohnya dia merasa tangannya kotor walaupun hakikatnya tidak. Seseorang individu itu sentiasa berada dalam keadaan resah, cemas, tertekan dan merasa tidak selesa dengan keadaan ini.

Sedar dan apa yang berlaku sebenarnya bukan sesuatu yang sengaja dibuat-buat tetapi berlaku diluar sedar mereka. Mereka lazimnya tahu bahawa idea atau bayangan yang hadir dalam dirinya itu adalah karut, tidak logik dan tidak sepatutnya berlaku.

istock

Melawan dan menahan idea yang datang dan menyebabkan dirinya menjadi resah. Pemikiran atau bayangan ruminasi obsesional ini boleh dibahagikan sama ada:-

1) Was-was

2) Kebersihan

3) Melakukan sesuatu secara perlahan-lahan (slowness)

Biasanya disusuli dengan tindakan kompulsif atau perbuatan yang dilakukan berulang kali. Individu yang mempunyai kesemua ciri-ciri ini biasanya cepat marah, mudah tersinggung di mana fungsi sosial mereka menjadi tidak terurus. Malah, tumpuan fikiran mereka juga sering terganggu mengakibatkan hubungan sosial dengan orang lain dan keluarga sering menimbulkan masalah.

Individu yang tergolong dalam kumpulan ini biasanya sering berkeadaan seperti:-

1. Kemurungan

http://www.boroktimes.com

2. Sedih

tantrikstudies.squarespace.com

3.  Kurang selesa

 

http://www.andersonleadershipsolutions.com

4.  Cepat letih

http://www.collective-evolution.com

5. Berat badan menurun

http://www.rivertea.com

6.  Cepat marah

http://theprayingwoman.com

7. Tidak menghiraukan aspek pengurusan diri seperti kebersihan atau kecantikan.

www.taikotai.tv 

Sekiranya pesakit berhadapan dengan konflik, simptom OCD ini boleh berubah menjadi lebih serius.

Bagaimanapun sekiranya masalah atau konflik yang dihadapi dapat diatasi dengan cara yang baik, simptom-simptom ini akan berkurangan.

Adakalanya symptom-simptom yang terdapat pada OCD boleh didapati pada penderita-penderita penyakit mental lain seperti skizofrenia, manik depresif, psikosis, kemurungan, penyakit mental organic dan lain-lain.

Faktor-Faktor Yang Meningkatkan Risiko Seseorang Mendapat OCD

Genetik – ( Keturunan ) Ahli keluarga yang mungkin mempunyai sejarah penyakit ini meningkatkan lagi risiko OCD.

Organik- Masalah organic seperti lesi dibahagian-bahagian tertentu otak juga merupakan satu factor bagi OCD. Masalah saraf seperti yang disebabkan oleh meningitis dan enkefalitis juga adalah salah satu penyebab OCD.

Personaliti – Mereka yang mempunyai personality obsesif lebih cenderung mendapat gangguan OCD. Ciri-ciri mereka yang memiliki personality ini ialah seperti keterlaluan mementingkan aspek kebersihan, seseorang yang terlalu patuh pada peraturan, cerewet, sukar bertolak ansur dan tidak mudah mengalah.

Pengalaman lalu – Pengalaman masa lalu / lampau juga muda mencorakkan kaedah seseorang menangani masalah diantaranya dengan menunjukkan symptom OCD.

Konflik – Mereka yang mengalami gangguan ini biasanya menghadapi konflik jiwa yang berpunca daripada apa juga masalah hidup.

Contohnya hubungan antara suami-isteri, di tempat kerja, keyakinan diri, ketuhanan atau ada sahaja yang boleh mencetuskan konflik dalam diri. Namun konflik ini tidak dapat dileraikan dengan cara yang positif atau betul menyebabkan mereka berasa tertekan dengan konflik tersebut. Dengan erti kata lain, apa juga tekanan, peristiwa atau tragedi yang boleh mencetuskan tekanan akan menimbulkan simptom-simptom OCD.

Rawatan

Biasanya doctor akan memberi ubat anti-obsesif seperti chlomipramine dan fluxomine bagi membantu menenangkan pesakit. Ubat-ubatan ini juga berpotensi menghapuskan fikiran obsesional pesakit.

Adakalanya pesakit terpaksa mengamalkan ubat-ubatan ini dalam tempoh yang agak lama seperti dua hingga tiga tahun bergantung kepada tindakbalas.

Pendekatan psikologi

Pendekatan psikologi yang merangkumi psikoterapi kognitif dan psikoterapi tingkahlaku:-

Psikoterapi kognitif – pesakit akan dibantu mengatasi masalah ini melalui cadangan dan perbincangan berdasarkan pemikiran yang rasional.

Psikoterapi tingkah laku – Tetapi ini lebih bercorak kepada pendedahan dan tindakan pencegahan yang berperingkat-peringkat.

Sembuh atau tidak seseorang pesakit bergantung kepada?:-

1. Keseriusan masalah yang dihadapi

2. Kerjasama dan patutnya terhadap rawatan yang diberi

3. Sokongan individu yang hampir seperti ahli keluarga, rakan-rakan atau teman.

4. Tempoh mengidap penyakit tersebut.

5. Pesakit juga perlu dibantu mengatasi masalah yang mereka hadapi sama ada masalah kewangan, perkahwinan, hubungan social atau sebagainya.

http://www.louisvilleocdclinic.com

Yanie Baharom

Share
Published by
Yanie Baharom