Categories: Tips

Pedulikan Penghasad Dengki, Ini 8 Cara Raih Bahagia

Adakah anda gembira, sukar atau penuh dengan kesedihan? Realiti kehidupan,  pasti dipenuhi dengan pahit, manis, duka, dan gembira.

Bagi yang berhadapan dengan kesukaran, jangan terus-terusan bersedih. Sebaliknya, kekal positif dan terus melangkah. Bagi yang dilimpahi kegembiraan, tahniah! Anda memang bertuah. Tapi jangan terlalu leka.

Cuba kekalkan kegembiraan dengan cara tersendiri. Hidup yang gembira, mengundang lebih banyak kebaikan. Ingat! Happiness attracts more happiness, joy attracts more joy!

Jadi bagaimana mahu meraih kegembiraan di dalam hidup?

1) Selalu ucapkan syukur. Ini cara untuk kekal bersemangat. Jangan selalu membandingkan diri dengan kelebihan orang lain.

2) Fikirkan 3 perkara yang selalu buat anda gembira. Cuba lakukan 3 perkara ini sekerap yang mungkin.

Jika minat melancong, lawatlah ke negara yang belum pernah anda jejaki.

3) Sebaik terjaga daripada tidur setiap pagi, elakkan daripada memikirkan perkara-perkara negatif. Sebaliknya, rangsang otak dengan memikirkan perkara-perkara positif.

4) Stay relaxed! Cuba tenangkan diri sentiasa. Jangan terlalu merumitkan fikiran dengan perkara yang remeh-temeh. Tenangkan diri dengan mengambil nafas dalam-dalam dan lepas secara perlahan-lahan.

5) Dekati mereka yang gembira. Jauhi individu yang punya aura negatif. Pilih rakan yang mampu membuatkan anda tersenyum riang serta jauh daripada tekanan.

Teman-teman punya pengaruh yang kuat dalam kehidupan seharian.

6) Jangan katakan tidak pada diri sendiri. Bukan hanya ketika di tempat kerja, tetapi juga untuk urusan harian yang lain. Kalau sebelum ini anda tidak mahu menyertai kawan untuk berkaraoke kerana bimbang dipaksa menyanyi, kali ini apa kata lakukan sahaja. Bukan masuk pertandingan nyanyian pun. Just for fun kan!

7) Jangan sentiasa beralasan atau menyalahkan diri sendiri jika apa yang dirancang tidak menjadi. Tidak semua benda akan mengikut perancangan asal. Jika gagal, usaha untuk membetulkan keadaan.

8) Dalam sehari, cari masa sejam dua untuk melupakan sosial media. Tumpukan perhatian kepada imaginasi fikiran.

Selamat mencuba!

 

Ad Ops