Categories: Uncategorized

Bercuti Bukan Nak Tambah Berat Badan, Ikuti 8 Tip Berikut Untuk Maintain

Kebiasaannya, ketika bercuti ramai yang memilih untuk tidak berdiet. Sebab itu ramai yang berat badannya bertambah apabila pulang daripada bercuti. Maklumlah ketika bercuti kita sering mengambil kesempatan untuk menikmati hidangan tempatan yang jarang sekali boleh dinikmati.

Sebenarnya, anda masih boleh mengawal pengambilan makanan biarpun tidak berdiet ketat. Jom semak tip berikut.

1) Biarpun di mana anda berada, jangan lupa minum banyak air kosong. Ini boleh mengelakkan perut kosong dan cepat lapar. Sebelum mula makan, minum dua atau tiga gelas air terlebih dahulu.

2) Makan dalam kuantiti yang kecil. Contohnya, jika anda ingin menikmati hidangan Ramen, daripada makan semangkuk seorang diri, lebih baik berkongsi hidangan itu dengan teman. Selain dapat mengawal kalori, dapat juga berjimat.

3) Bufet sarapan pagi di hotel memang menyeronokkan. Tapi jangan makan berlebihan. Cara terbaik, mulakan hidangan dengan mengambil buah-buahan dan bijirin berkhasiat untuk cepat kenyang.

4) Jika penginapan anda mempunyai gim, cuba luangkan masa untuk bersenam. 30 minit sehari sudah memadai. Tak perlu buat latihan berat, cukup sekadar berlari di atas mesin larian dengan kelajuan sederhana.

http://www.musclefitnessandnutrition.com

5) Jangan sesekali melewat-lewatkan waktu makan. Walaupun terlalu asyik dengan aktiviti yang dijalankan, anda perlu makan untuk mengelakkan perut menjadi terlalu lapar. Perut yang terlalu lapar akan membuatkan anda makan lebih banyak.

6) Cuba elakkan minuman manis atau berkarbonat. Minuman ini hanya membuatkan tekak terasa lebih dahaga selain tinggi kalori.

7) Bawa fit bar atau bar coklat jika perlu ambil pengangkutan awam yang jarak masanya terlalu lama (lebih 4 jam).

8) Bawa suplement yang sesuai untuk memastikan tubuh badan dapat menyingkirkan lebihan toksin dan lemak daripada makanan yang diambil. Contohnya, Lecithin, Vitamin C dan juga Garlic Oil.

Sumber: Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di:

Google Play – http://bit.ly/WanitaAndroid

AppStore – http://bit.ly/WanitaApple

Ad Ops

Share
Published by
Ad Ops