Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 9, 2025 @ 6:54pm

Ungu Raikan 29 Tahun Karier Dengan Konsert Orkestra di Kuala Lumpur Pada 12 Julai Hadapan!

Setelah hampir tiga dekad mewarnai industri muzik Nusantara, kumpulan rock popular dari Indonesia, Ungu, memilih Kuala Lumpur sebagai lokasi pertama untuk mementaskan konsert orkestra penuh mereka sempena ulang tahun ke-29 penubuhan kumpulan tersebut.

Konsert yang diberi judul 29th Anniversary Symphony of Ungu bakal berlangsung pada 12 Julai 2025 di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), dan dijangka menjadi antara persembahan paling istimewa dalam sejarah perjalanan seni Ungu. Ia merupakan gabungan eksklusif muzik pop rock dan orkestra, menampilkan susunan lagu yang belum pernah dibawakan sebelum ini.

Penganjuran konsert ini oleh AVG Entertainment dianggap bukan sekadar sebuah acara ulang tahun, malah sebagai manifestasi kematangan Ungu dalam evolusi muzik mereka. Menurut vokalisnya, Pasha, Malaysia sentiasa meninggalkan memori manis buat mereka dan sambutan peminat di sini dirasakan seperti ‘pulang ke kampung halaman’.

“Setiap kali kami tampil di Malaysia, suasana terasa sangat istimewa. Macam balik kampung. Peminat di sini selalu beri tenaga luar biasa yang buat kami ingin kembali lagi dan lagi,” ujar Pasha kepada media Indonesia sebelum pengumuman rasmi konsert dibuat.

Konsert ini turut menyatukan tenaga lima anggota Ungu, Pasha (vokal), Enda (gitar), Oncy (gitar), Makki (bass) dan Rowman (dram) yang menyifatkan persembahan ini sebagai satu pencapaian penting dalam perjalanan kolektif mereka.

Makki memaklumkan, konsep dan susun atur pentas, pencahayaan serta pemilihan lagu disusun rapi bagi membawa penonton menelusuri kisah Ungu dalam suasana yang lebih megah dan menyentuh emosi. Enda pula menekankan bahawa proses pemilihan lagu dilakukan secara teliti supaya setiap karya yang dibawakan sesuai dengan pendekatan orkestra dan memberikan impak perasaan yang mendalam.

“Kami mahu setiap lagu yang dipersembahkan nanti sesuai dengan konsep orkestra. Ini bukan hanya tentang nyanyian, tapi bagaimana muzik itu dapat dirasa dari dalam hati,” katanya.

Bagi Pasha, rahsia kejayaan Ungu kekal kukuh selama hampir 30 tahun terletak pada hubungan sesama anggota kumpulan yang dianggap seperti sebuah keluarga. Katanya, komunikasi terbuka dan saling menghormati menjadi asas dalam mengekalkan kerjasama mereka.

“Kami berbincang bila ada isu. Kami tidak biarkan masalah membusuk. Setiap orang ada pendapat, dan kami hormat satu sama lain. Itulah sebab kami masih bersama selepas hampir tiga dekad,” jelasnya.

Konsert ini juga menjadi ruang buat Ungu mengucapkan terima kasih kepada para peminat yang tidak pernah berhenti menyokong sejak era hit popular mereka seperti Demi Waktu, Andai Ku Tahu, dan Tercipta Untukku. Penganjuran di Kuala Lumpur mengukuhkan lagi ikatan istimewa antara Ungu dan peminat Malaysia yang sentiasa setia menyambut kehadiran mereka.

Tiket bagi 29th Anniversary Symphony of Ungu kini boleh didapati melalui laman sesawang www.ticket2u.com.my dengan harga bermula RM288 hingga RM1,588, bergantung kepada kategori tempat duduk.

Dengan gabungan orkestra yang menyentuh perasaan dan kekuatan lirik yang sudah sinonim dengan Ungu, konsert ini dijangka menjadi antara persembahan paling bersejarah dalam perjalanan muzik mereka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Mon, 20 May 2024
Trending Wed, 9 Oct 2019
Trending Mon, 9 Aug 2021

Inspirasi Menerusi Hijrah Pengorbanan Di TV3

Bersempena dengan Awal Muharram pada 10 Ogos 2021 (1 Muharram 1443H) ini, TV3 telah menyusun program-program yang dapat memberi inspirasi dan semangat kepada penonton setianya seperti Tanyalah Ustaz, Malaysia Hari Ini (MHI), Wanita Hari Ini […]

Featured Thu, 19 Feb 2026

“Jaga Kata-Kata Anda & Tolong Hormat Keputusan Peribadi Saya”- Jazmy Juma

Menurut Jazmy, dia lebih selesa sekiranya perjalanan kerjaya seninya tidak dicampuradukkan dengan urusan peribadinya.

Events Tue, 27 Nov 2018

#SisCuba : Berjayakah Tiga Gadis Cantik Ini Tembusi Pasaran Antarabangsa?

Jangan lupa janji temu korang malam ni bersama Sunsilk #SisCuba tau!

Hiburan Sat, 17 Jan 2026

Suami Nadia Kesuma Perjelas Salah Faham Kenyataan ‘I Met Strangers’ – “Dia Share Umrah Kali Ini Berbeza…”

Suami kepada pelakon yang dilaporkan hilang, Nadia Kesuma iaitu Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah tampil menjelaskan kekeliruan berhubung kenyataan “I met strangers” yang tular dimedia sosial baru-baru ini.

Hiburan Mon, 10 Mar 2025

Siti Nurhaliza Syukur Siti Aafiyah Mula Belajar Puasa, Sediakan Makanan Kesukaan Untuk Sahur & Iftar

Melihat anak nekad berpuasa, Siti jug abersemangat untuk menyediakan juadah berbuka buat Aafiyah.

Featured Tue, 23 Feb 2021
Events Tue, 27 Feb 2018

Siapakah Gadis Sosok Ayu, Bintangi Program Realiti Online Terbit Single Baharu?

Selain menjadi usahawan yang berjaya, Princess kitani juga sedang berjinak-jinak dalam dunia nyanyian dan bakal mengeluarkan satu single terbaru miliknya tidak lama lagi. Mesti best kan?

error: Content is protected !!