Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom November 2, 2018 @ 10:00am

Usah Gusar, Anda Tak Mungkin Mati Kelaparan Kerana Cuba Berjimat Membeli Barangan Dapur

Dalam situasi negara dibebani hutang sekarang ini yang ternyata memberi kesan kepada masyarakat, tiada jalan lain yang lebih afdal untuk memastikan pembaziran tidak terus dilakukan adalah dengan berjimat cermat.

Salah satu caranya yang paling praktikal adalah membuat penjimatan perbelanjaan dapur. Bagaimana solusinya, mungkin tip di bawah ini dapat membantu.

1. Bajet

Membuat bajet adalah langkah yang sangat penting dalam berjimat. Selain kita dapat merancang perbelanjaan kita, bajet juga akan memastikan kita tidak menggunakan duit lebih dari yang sepatutnya. Dari situ, kita dapat tentukan peruntukan untuk setiap perkara dengan baik. Melalui bajet, kita dapat merancang apa yang kita harus beli untuk perbelanjaan dapur.

 2. Jualan murah dan kupon

Sekarang amat mudah untuk kita bandingkan harga barangan yang dijual antara pasaraya, di dalam surat khabar, internet dan juga aplikasi telefon. Juga atas kerana persaingan antara pasaraya, masa promosi juga seakan-akan. Jadi gunakan peluang ini membanding harga antara pasaraya supaya kita dapat membeli dengan harga yang berbaloi.

Selain itu, di akhbar-akhbar, aplikasi dan juga risalah terdapat banyak kupon penjimatan. Mungkin nampak kecil, tapi sebenarnya menyumbang kepada penjimatan barangan kita.

3. Simpanan stok

Bagi barangan yang tahan lama seperti minyak, tepung, beras dan bahan pencuci beli dalam kuantiti yang banyak supaya mendapat harga borong. Kita harus merancang jauh ke hadapan. Barangan yang tahan lama lebih berbaloi jika dibeli dengan harga borong kerana ia boleh disimpan lama dan tidak mudah rosak. Tip ini tidak sesuai untuk makanan basah.

Foto: The Telegraph

4. Inventori

Bina sistem inventori yang mudah untuk kita rujuk. Gunakan konsep seperti di pasaraya iaitu ‘First In First Out’ atau FIFO. Konsep ini ialah barang yang kita beli dahulu, akan kita guna dahulu. Jika ada tarikh luput, mengikut tarikh luput. Susun atur barangan dapur juga mengikut tarih luput atau bila ia dibuat.

Tarikh luput yang paling hampir luput, akan diletakan di bahagian hadapan sekali. Jadi apabila kita ingin mengambil stok, kita akan mengambil yang paling hampir dengan tarikh luput. Cara ini akan memastikan kita tidak terlepas pandang barangan dapur yang hampir luput.

 5. Rancang menu makanan

Rancang menu makanan secara mingguan. Dengan cara ini, tidaklah kita akan membazir membeli makanan mentah yang tidak perlu hingga terbazir dan dibuang. Selain itu, dengan merancang menu mingguan, kita akan lebih kreatif menyediakan makanan di rumah.

Contohnya, minggu ini menu utama ialah ayam dan daging. Jadi menu minggu ini bolehlah pelbagaikan masakan ayam dan daging. Begitu juga dengan sayuran. Tambahan lagi, ini dapat memastikan makanan basah dan sayuran yang kita makan adalah segar.

Sumber: The Asian Parent

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 24 Sep 2024

Abby Abadi Titip Kata Semangat Buat Da’i Syed & Hana Ismail

Doa lah yang baik-baik. Hopefully semuanya baik-baik juga🌻💗

Featured Tue, 11 May 2021

Foto Menyayat Hati Pemuda Palestin Solat Ketika Serangan Israel Sentuh Hati Ramai

Seluruh dunia kini tertumpu kepada serangan Israel ke atas penduduk Palestin di Masjid Al Aqsa dan kawasan kejiranan  Sheikh Jarrah  Baitul Maqdis  telah mengakibatkan ramai mangsa tercedera. Beberapa foto mulai tular di laman sosial menunjukkan […]

Featured Wed, 25 Jul 2018

Terjatuh Di Dalam Bilik Mandi Akibat Diserang Strok, Apa Punca Sebenarnya

Pengaliran darah secara mendadak di bahagian kepala menyebabkan saluran darah menjadi sempit dan inilah yang mendorong saluran darah pecah.

Featured Tue, 29 Jul 2025
Featured Mon, 27 Oct 2025

“Saat Kita Broken, Penat & Burnout Ramai Akan Cari Manusia Untuk Meluah… Tapi Sangat Sikit Orang Yang Cari Tempat Untuk Bersujud”- Neelofa

Demikian perkongsian selebriti popular, Noor Neelofa mengenai bagaimana menghidupkan hubungan dengan Allah melalui doa.

error: Content is protected !!