Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal June 29, 2019 @ 1:00pm

Usah Keliru Dengan Pingat, Ketua SPRM Jawab Isu ‘Bar Ribbon’

Susulan isu bar ribbon yang timbul selepas disuarakan oleh sebuah parti politik baru-baru ini, Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Latheefa Kota tampil memberi penjelasan.

Menurut beliau dalam sebuah kenyataan media, bar ribbon yang dikepilkan ke atasnya adalah berdasarkan Perintah Tetap Ketua Pesuruhjaya SPRM Bab A (Dasar), Bil 1 Tahun 2012.

‘ Ia merupakan arahan bahawa seseorang Ketua Pesuruhjaya berdasarkan jawatannya dikehendaki memakai bar ribbon seperti yang disenaraikan.

“ Walaupun pada asasnya ianya adalah betul dan boleh diterima, namun terdapat sedikit kekhilafan dalam bar ribbon yang kini telah pun diperbetulkan.

“ Keduanya, saya tidak memakai pingat sebagaimana yang diperkatakan oleh beberapa pihak. Bar Ribbon ini tidak harus dikelirukan dengan pingat atau darjah kebesaran yang dikurniakan dari pihak Istana, samada di peringkat Persekutuan mahupun di peringkat Negeri,” katanya.

Menurut Latheefa lagi, sebagai Ketua Pesuruhjaya, ia merupakan perintah tetap untuk memakai lencana-lencana pangkat yang dikehendaki.

“ Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah menunjukkan minat yang tinggi terhadap pakaian seragam saya.

“ Secara telus saya mengaku, saya baru sahaja mempelajari berkenaan lencana pangkat, bar ribbon dan pemakaian seragam.

“ Prioriti segera saya sejak mengambil alih tugas adalah melibatkan beberapa kes rasuah yang serius dan bukanlah butiran pemakaian seragam saya,” akhirinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 18 Jul 2023
Featured Wed, 5 Apr 2023
Trending Mon, 25 Jun 2018

正妹卸妆「脸皮整片撕掉」瞬间毁容!

抖音近来在网路上掀起热潮,有许多素人大胆秀出妆前装后的惊人对比照!

Featured Thu, 6 Apr 2023

“Kalau Tak Ada Tiga Benda Ni, Rumah Tangga Tak Akan Kekal…” – Tajul Ariff Kongsi Tips Kahwin Muda 

Nak berkahwin di usia muda ni bukan senang guys 😣 Make sure betul betul ready ok!

error: Content is protected !!