Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 3, 2022 @ 11:10am

Usia Cecah 37 Tahun, Mustaqim Bahadon Belum Bersedia Nak Kahwin?

Pelakon Mustaqim Bahadon, 37, masih belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga dengan kekasih hatinya.

Menurut pelakon filem Anak Rimau The Movie ini, kehadiran pandemik membuatkan Mustaqim terpaksa menunda hajat untuk mendirikan rumah tangga dengan kekasih yang berkhidmat sebagai pramugari.

“Saya dan kekasih sudah lama kenal, tetapi kami mula rapat pada 2018. Orang cakap usia 37 tahun dah lewat. Ramai orang mahu berkahwin secepat mungkin, tetapi bagi saya, bila sudah bersedia, baru saya akan mendirikan rumah tangga.

“Kekasih ada bertanyakan dan menanti langkah seterusnya tetapi dia sangat memahami keadaan saya. Saya bersyukur dia faham dengan apa yang saya tempuhi. Dia tahu susah payah saya dan saya juga tahu apa yang dia lalui.

“Mungkin kerana pandemik membuatkan saya masih menangguhkan langkah untuk berkahwin. Banyak perkara yang perlu saya utamakan sekarang ini, terutamanya keluarga sendiri dahulu,” katanya.

Dalam pada itu, Mustaqim mahu menyiapkan diri untuk menempuh kehidupan selepas bergelar suami.

“Saya nak stabilkan diri semula pasca pandemik kerana perkahwinan ini bukan sekadar kumpul duit untuk bernikah sahaja. Kehidupan sebenar bermula selepas berkahwin, saya kena fikir apa yang bakal jadi selepas kahwin nanti untuk memulakan keluarga.

“Biarlah saya stabilkan diri semula dalam bidang lakonan dan perniagaan, barulah saya fikir untuk berkahwin. Saya tak mahu menyusahkan orang. Saya tak mahu selepas nikah ada masalah kewangan dan sebagainya,” katanya.

Mustaqim ditemui di malam gala filem Anak Rimau The Movie, di ibu negara, baru-baru ini.

Mengulas mengenai wataknya dalam filem terbitan terbitan Keeklr Films Sdn Bhd itu, Mustaqim tiada sebarang masalah menjayakan watak sebagai Coach Khalid.

“Cabaran yang kami hadapi sepanjang penggambaran filem ini adalah cuaca. Memandangkan cerita ini berkisarkan mengenai bola sepak, banyak babak yang dirakamkan di padang dalam keadaan cuaca yang sangat panas.

“Saya puji pelakon-pelakon cilik yang membintangi filem Anak Rimau The Movie. Biarpun mereka adalah atlet sebenar, mereka tidak kekok berlakon dan ada bakat semula jadi,” katanya lagi.

Anak Rimau The Movie mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 1 September lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 8 Mar 2019

‘ Memang Ada Permohonan Tetapi…’- Ketua Pengarah IB Jawab Soalan Man Bai

Namun tarikh yang dimohon oleh pihak Man Bai telah pun diisi dengan program yang terlebih awal membuat permohonan.

Hiburan Wed, 9 Oct 2019

Adira Akhirnya Mengaku Failkan Penceraian

Semoga dapat diselesaikan secara baik ya?

Trending Sat, 12 Jan 2019

Harga Minyak Turun Lagi

Menurut Lim, ​​​​​​​kaedah mingguan itu yang menurunkan harga runcit produk petroleum apabila harga minyak dunia turun dan mengehadkan pada RM2.20 bagi RON95 dan RM2.18 untuk diesel apabila harga minyak dunia naik,

Hiburan Sat, 22 Nov 2025

Tampil Single Perjalanan… Kolaborasi Ernie Zakri, Andi Rianto Lahirkan Lagu Sarat Penghayatan

Ernie Zakri berkolaborasi dengan produser & komposer terkenal Indonesia, Andi Rianto.

Hiburan Tue, 14 Aug 2018

Sufian Suhaimi Dirisik Orang Seberang?

Saya amat tertunggu-tunggu untuk masuk ke pasaran Indonesia. Sekiranya perbincangan bersama pihak syarikat rakaman di sana lancar, ini mungkin peluang terbaik untuk saya memasuki pasaran sana.

Hiburan Thu, 7 Dec 2023
Featured Thu, 7 May 2026

Martabat Legasi Sharifah Aini Diangkat Dalam Konsert Eksklusif ‘A Tribute To Sharifah Aini’

Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) bakal mempersembahkan sebuah konsert istimewa berjudul ‘A Tribute to Sharifah Aini’ sebagai penghormatan kepada Biduanita Negara itu.

error: Content is protected !!