Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 13, 2025 @ 3:48pm

Utamakan Kualiti & Versatiliti Dalam Setiap Persembahan, Ramai Terkejut Shiha Zikir Boleh Menyanyi Dalam Banyak Bahasa!

Penyanyi Shiha Zikir menegaskan dia sentiasa memberikan persembahan terbaik setiap kali berada di pentas, sama ada di televisyen mahupun acara korporat.

Bagi Shiha, setiap undangan persembahan bukan sekadar rutin, tetapi satu amanah untuk memastikan semua pihak terutama klien berpuas hati.

Katanya, sejak awal pembabitan dalam industri, persembahan korporat menjadi antara sumber rezeki utama yang amat dihargai.

“Setiap kali mendapat tawaran untuk persembahan, saya akan pastikan semua yang hadir terhibur, bukan sekadar menyanyi. Saya suka berinteraksi dengan penonton, ajak mereka bermain permainan, berbual dan cipta suasana mesra. Saya mahu mereka rasa dekat dan seronok,” katanya.

Selain terkenal dengan lagu balada dan tradisional, Shiha turut mempunyai kelebihan menyanyi dalam pelbagai bahasa, menjadikan persembahannya lebih menarik dan berwarna.

“Ramai yang terkejut bila tahu saya boleh nyanyi dalam pelbagai bahasa. Kadang-kadang klien minta lagu Jepun, Thai, Filipina atau Mandarin, saya terus setuju saja. Dari dulu saya memang belajar sebutan dan melatih diri supaya nyanyian saya betul-betul sedap didengar,” katanya.

Menurut Shiha, antara lagu bahasa asing yang pernah dinyanyikan termasuk Mandarin, Kantonis, Tamil, Thai, Filipina, Jepun, Korea, Sepanyol dan Arab. Kemahiran itu menjadikannya lebih bersedia untuk memenuhi permintaan pelbagai jenis penonton.

Dalam masa sama, Shiha tidak pernah berhenti belajar dan sentiasa mahu menambah ilmu bagi menjadi penyanyi yang versatil.

“Saya sangat kagum dengan mentor saya, Allahyarham Sharifah Aini dan juga Anita Sarawak. Mereka berdua cukup hebat dan boleh bawa pelbagai genre. Saya pun mahu jadi seperti itu, serba boleh dan tidak cepat puas hati,” ujarnya yang baru-baru ini menyampaikan lagu dalam bahasa Filipina dan Thai di empat acara sempena persidangan ASEAN.

Selain aktif di pentas nyanyian, Shiha juga sibuk menguruskan perniagaan di bawah syarikatnya, Shiha Zikir Empire (SZE) dan Shiha Zikir Nasi Ayam.

“Ramai mungkin belum tahu saya juga terlibat sebagai penganjur acara. SZE uruskan semuanya, dari muzik, pembukaan majlis, dekorasi, hingga ke bahagian kreatif. Kami buat dari A sampai Z,” katanya.

Dalam perkembangan terbaharu, Shiha sedang menyiapkan single baharu berkonsepkan tradisional yang turut menampilkan elemen silat, dan dijangka dilancarkan tidak lama lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 16 Mar 2018

Berbelanja RM 700 ribu Untuk Satu Percutian

setahun 2 kali bercuti dan setiap percutian perbelanjaan hampir RM 700 ribu cara untuk menghargai keluarga yang senantiasa bersamanya

Hiburan Mon, 19 Jun 2023
Trending Mon, 4 Oct 2021

ABPBH 34 Mara Ke Pusingan Top 5 – Undian Zul Ariffin, Remy Ishak, Zizan Razak Tidak Diaudit

Jawatankuasa Pengelola Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 mengumumkan undian diperoleh empat calon awal ABPBH 34 iaitu tiga artis dalam kategori solo iaitu Pelakon TV Lelaki Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular dan Artis Versatil Popular […]

Hiburan Tue, 8 Jan 2019

Wow! Kumpulan K-Pop KARD Makin Letup!

Siapa sini peminat KARD, angkat tangan!

Drama Tue, 19 Mar 2024
Featured Tue, 11 Nov 2025

Kekasih Ben Amir Perkenal Nama Liana Alara – “Ia Membawa Maksud Baru, Kedamaian & Cahaya”

Liana turut meluahkan rasa syukur dan terharu atas sokongan serta kasih sayang yang diterimanya daripada orang ramai

error: Content is protected !!