Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari June 8, 2022 @ 5:07pm

[VIDEO] Akibat Gugup, Lelaki Tersasul Ketika Akad Nikah – “Dengan Mas Kahwin 500 Juta Tunai…”

Baru-baru ini tular sebuah video di aplikasi TikTok yang memaparkan seorang pengantin lelaki lengkap berpakaian baju melayu putih tersasul ketika sesi akad nikahnya sehingga membuatkan pengantin perempuan dan tetamu yang hadir ketawa berdekah.

Melalui video tersebut, kelihatan reaksi wajah pengantin lelaki tersebut dalam keadaan gemuruh ketika sedang berjabat tangan dengan tok kadi di hadapannya.

Secara tiba-tiba, pengantin berkenaan menyebut nilai mas kahwin sehingga RM500 juta tanpa disedari.

“Aku terima nikahnya Nurul Nadia binti Johari dengan mas kahwinnya 500 juta tunai,” ucapnya.

Tindakan pengantin tersebut telah membuatkan orang ramai di majlis tersebut ketawa terbahak-bahak. Malah, saksi dihadapannya mengucap panjang sambil menepuk dahi sejurus situasi tersebut berlaku.

@msamdanialNERVOUS AKAD NIKAH PUNYA PASAL SAMPAI AKU PUNYA MAS KAHWIN JADI RM 500 JUTA TUNAI 😂😂😂😂♬ original sound – Sam Danial

Video yang dikongsikan oleh pengantin lelaki itu sendiri menyatakan yang dia sedang dalam keadaan gemuruh.

“Nervous akad nikah punya pasal sampai aku punya mas kahwin jadi RM500 juta tunai,” tulisnya diruangan kapsyen.

Dalam pada itu, rata-rata wargamaya membahan dan meninggalkan komen yang melucukan di video tersebut.

Video perkongsian tersebut telah meraih lebih 32,000 tontonan dan lebih 3000 tanda suka di platform TikTok.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 2 Oct 2022
Hiburan Sun, 15 Sep 2019

Konsert Transcendence Hadiah Butterfingers Untuk Peminat

2 jam 90’s Grunge tanpa henti! Yasssss!!!

Hiburan Wed, 16 May 2018

Here’s a Brand New Awesome Malaysian Band Everyone Must Check Out

They are young, fresh and totally worth listening to.

Hiburan Thu, 7 Dec 2023
Hiburan Sun, 15 Sep 2019

莫文蔚《绝色》来袭!1130唱响万人体育馆

有亚洲「性感女神」堪称的全方位艺人Karen莫文蔚,从93年出道至今将首次登陆马来西亚开唱!

Hiburan Mon, 13 May 2024
Hiburan Wed, 11 Jun 2025
Hiburan Thu, 9 Nov 2023
Featured Wed, 22 Jun 2022
Featured Tue, 8 Mar 2022

Lapan Tahun Berlalu, MH370 Terus Dalam Ingatan

Masuk tahun kelapan kehilangan pesawat Beoing 777-200ER milik Malaysia Airlines yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014 lalu pastinya terus diingati oleh seluruh rakyat negara ini. MH370 yang terputus hubungan sejurus melintasi […]

error: Content is protected !!