Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 3, 2025 @ 4:43pm

[VIDEO] Individu Berpangkat Datuk Cuba Hasut? Farid Kamil Dakwa Hampir Terpedaya Dengan Fitnah Terhadap Diana Danielle

Pelakon terkenal Farid Kamil mendakwa bahawa dirinya hampir terpengaruh dengan fitnah yang disebarkan oleh seorang individu berpangkat Datuk terhadap isterinya, pelakon Diana Danielle.

Dalam Podcast Lelaki, Farid berkongsi pengalaman getir itu, yang berlaku ketika perkahwinan mereka sedang bergolak dan dalam proses perceraian buat kali pertama.

Menurut Farid atau nama lengkapnya Farid Kamil Zahari, pada waktu itu pelbagai cerita sampai ke telinganya, membuatkan dirinya semakin keliru.

“Saya benar-benar terkejut apabila menghadapi isu perceraian buat pertama kali. Ketika cuba mendapatkan kepastian, semakin ramai orang yang saya temui, semakin banyak versi cerita yang saya dengar.

“Walaupun sukar untuk dipercayai, cara cerita itu disampaikan seolah-olah semuanya benar. Memang rumah tangga kami ada masalah, tetapi naratif yang dibawa lebih menjurus kepada desakan supaya saya meninggalkan isteri,” katanya.

Farid turut mendedahkan bahawa individu berpangkat Datuk itu bukan sekadar menabur fitnah kosong, tetapi turut membawa ‘bukti’ untuk menyokong dakwaannya.

“Ada seorang Datuk datang kepada saya, menceritakan tentang perbuatan isteri saya di belakang saya. Dia bukan sahaja bercakap kosong, malah turut menunjukkan gambar serta menyebut beberapa nama individu tertentu.

“Sungguh hebat usaha mereka untuk memisahkan saya dan isteri. Ketika itu, hati saya mula goyah. Saya tertanya-tanya, betulkah semua yang saya dengar ini?”

Menurut Farid, antara cerita yang disebarkan adalah dakwaan bahawa Diana adalah seorang wanita berprofil tinggi yang hanya didekati golongan tertentu, dan sebab itulah kehidupannya kelihatan mewah.

Pelakon Anwar: The Untold Story itu mengakui dirinya hampir terpengaruh dengan fitnah tersebut.

“Fitnah itu ibarat virus yang meracuni hati saya. Sebagai suami dan bapa, hati saya berperang dengan pelbagai persoalan. Namun, akhirnya saya membuat keputusan untuk menyiasat sendiri kebenaran dakwaan itu.

“Apa yang pelik, apabila saya cuba mencari dan menghubungi Datuk tersebut untuk mendapatkan kepastian, dia langsung tidak menjawab panggilan saya.

“Akhirnya, selepas saya dan Diana kembali bersama, semua cerita itu langsung tidak memberi kesan kepada hubungan kami, walaupun ia sempat mempengaruhi pemikiran dan masa depan perkahwinan kami untuk seketika,” katanya.

Untuk rekod, Farid dan Diana bercerai talak satu melalui sesi Google Meet pada 10 Ogos 2023, tetapi kembali rujuk selepas 21 hari.

Namun, pada 28 Oktober lalu, Diana mengejutkan ramai apabila sekali lagi memfailkan perceraian terhadap Farid.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 17 Dec 2019

容祖儿回归大马舞台!321云顶云星剧场开唱

容祖儿再次回归云顶云星剧场开唱!于2020年3月21日火热登陆大马,演唱历年经典名曲,带领大家游走20年时光隧道。

Featured Tue, 5 Jul 2022
Featured Wed, 5 Apr 2023
Featured Thu, 27 Mar 2025

Bukan Hutang Along! Kereta Milik Faye Kusairi Rosak Dihempap Bumbung Kondominium

Kata Faye, bukan kenderaan miliknya sahaja yang terkena tetapi beberapa lagi buah kenderaan turut menerima nasib sama sepertinya.

Hiburan Tue, 19 Mar 2019

Izzue Islam Dan Isteri Terlibat Dalam Kemalangan?

Alhamdulillah, yang penting semuanya selamat!

Featured Tue, 11 Apr 2023
Hiburan Mon, 9 Dec 2024
Hiburan Sun, 1 Dec 2024

Bersempena Ulang Tahun Kelahiran 2 Orang Anak… Wawa Zainal, Aeril Zafrel Hadiahkan Kondominium

Aeril Zafrel, Wawa Zainal hadiahkan anak-anak mereka rumah sempena sambutan hari lahir.

Trending Mon, 2 Aug 2021

Semua Penduduk Lembah Klang Kini Boleh ‘Walk-In’ Terima Vaksin Di PPV Terpilih

Siapa yang belum dapat vaksin tu, boleh walk-in je okay!

error: Content is protected !!