Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 13, 2025 @ 6:06pm

[VIDEO] Individu Dakwa Nilam Ortiz Hanya Orang Tengah, Bukan Pengasas Sebenar Produk Minyak Urut?

Isteri pelakon, Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz didakwa hanya menjadi orang tengah pengeluaran produk minyak urut saraf menggunakan jenama Nilam HQ.

Sebelum ini, Nilam dikatakan pernah mengeluarkan kenyataan yang mendakwa minyak terbabit dihasilkan daripada menggunakan resipi dan bahan sendiri.

Menerusi sebuah video tular di TikTok, individu bernama Sufia Johari selaku wakil daripada syarikat MSH Empire mendakwa Nilam bukan pengasas, sebaliknya hanya menjadi orang tengah untuk mempromosikan dan menjadi ‘founder’ produk tersebut.

Malah, Sufia turut mendakwa penggunaan nama Nilam pada minyak tersebut adalah atas permintaan isteri Azlan sendiri.

Sufia tampil membuat penjelasan berhubung isu produk minyak tersebut selepas Nilam membuat kenyataan telah menutup syarikat Nilam HQ.

“Saya mengenali dia dan sebagai rakan, saya approach dia ajak menjual produk tersebut. Disebabkan minta guna nama dia kami turuti. Pada awalnya kami tak setuju sebab syarikat dah bagi nama untuk minyak itu tapi sebab kami fikir dia (Nilam) nak menjual dan jadi orang tengah untuk produk itu.

“MSH Empire adalah syarikat dan Nilam HQ adalah anak syarikat milik kami. Produk ini dibuat untuk membantu founder menjana pendapatan dan segala isu peribadi dari pihak mereka (Azlan dan Nilam) kami tidak masuk campur.

“Kami berterima kasih kepada pihak Puan Nilam kerana telah bekerjasama bersama kami dalam membangunkan produk. Tetapi, kami agak terkejut dengan keputusan yang tiada perbincangan dari pihak Puan Nilam bersama syarikat, kami menerima keputusan yang drastik itu tanpa kami tahu sebab dan puncanya.

“Matlamat dalam MSH Empire adalah menghasilkan founder-founder yang boleh membantu rakyat dalam menjana ekonomi. Niat kami adalah untuk membantu lebih ramai pempengaruh yang tiada modal untuk berniaga,” dakwanya.

@cikpia_phoenixempire

video ini adalah penjelasan & tiada niat same sekali utk manjatuhkan nama individu,produk mahupun company..saya hrap sebg wakil yg dipertanggungjawabkan utk menjelaskan isu ini tidak disalh ertikan..kami memohon maaf jika berlaku kekeliruan..MSH EMPIRE adalah syarikt & Nilam hq adalah ank syarikat milik kami.Product ini dibuat utk membantu founder menjana pendapatan dan segala isu peribadi dr pihak mereka kmi tdk masuk campur..kami berterima kasih kpd pihak PN NILAM krn tlh bekerjasama bersama kami dlm membangunkan product..agak terkejut dgn keputusan yg tiada perbincangan dr pihak PUAN NILAM bersama company tp kami menerima keputusan yg drastik itu tanpa kami tahu sebab & puncanya.So ape2 keputusan selebihnya sye akn update kemudian..Niat kami utk mambantu lebih ramai influencer yg tiada modal utk berbisness..andai ade yg terasa kami memohon maaf..Matlamat dlm MSH EMPIRE adalah menghasilkan FOUNDER2 yg bolh mambatu rakyat dlm menjana ekonomi & kami menyediakan product berkualiti yg mampu milik & product yg menghasilkan byk feedback yg baik dr customer..Jgn terus k3cam tau bolh tanye soalan didalm live..#cikpia #fypp #trending #shepiaempire #mshempire #fypage #wanitabangkit #norsufiajohari #fypシ゚viral #founder #productrnd #minyaknilam #nilamhq

♬ original sound – sufiajohari – sufiajohari

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 18 Sep 2023
Hiburan Thu, 5 Dec 2024
Trending Thu, 20 May 2021

Walau Tak Dapat Pulang Ke Kampung, Fattah Amin Teruja Sambut Raya Dengan Fatima

Pelakon popular, Fattah Amin meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kesyukuran dalam kesederhanaan meskipun aktiviti ziarah rumah ke rumah tidak dibenarkan tahun ini. Menurut suami kepada aktres Nur Fazura ini, dia dan isteri bersemangat […]

Hiburan Tue, 30 Jan 2018

Majlis Aqiqah Anak Kedua Fouziah Gous

Dekorasi pelamin majlis aqiqah juga meriah dengan tempat beradu bayi yang dibuat dengan bentuk kapal layar selain tambahan hiasan lautan denga koral serta ikan nemo

Hiburan Tue, 5 Mar 2024

Adira Suhaimi & Madu Fail Cerai Serentak, Datuk Red Bertegas Pertahankan Kedua-Dua Rumah Tangga – “Kebetulan, Bukan Sepakat”

Kalau kenangkan dulu, mungkin boleh cari perempuan lain tapi sekarang tidak – Datuk Red

Hiburan Wed, 29 May 2024
Featured Thu, 30 Oct 2025

Tiga Tahun Menanti, Keena Mentor Hamil Anak Pertama – “Saya Terpaksa Lupakan Hobi Tunggang Motosikal Berkuasa Tinggi”

Keena juga dinasihatkan oleh doktor agar lebih berhati-hati memandangkan kandungannya masih di peringkat awal.

Trending Tue, 17 Sep 2019

Mascara on the Daily; Healthy or Fatal?

The secret to a long and luscious eyelashes is a good mascara, but wearing them every single day should be safe right?

Trending Thu, 14 Nov 2019
error: Content is protected !!