Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 21, 2022 @ 2:04pm

[VIDEO] Isu Packaging Sambal Dikritik, Ini Respons ‘Win’ Khairul Aming – “Bila Orang Bijak Berbicara…”

Pempengaruh media sosial, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan berhubung kritikan yang diterima mengenai isu pembungkusan sambal keluarannya.

Menerusi video yang tular diaplikasi TikTok sejak semalam, seorang individu yang dikenali sebagai Cikgu Sammi Coach Biz dan Produk, memberikan kritikan terhadap bungkusan sambalnya yang dipenuhi dengan minyak.

Perkara itu sekaligus membuatkan Cikgu Sammi rasa curiga sama ada kualiti sambal tersebut akan terjejas atau sebaliknya.

Sementara itu, Cikgu Sammi turut memberikan cadangan agar Aming dapat meningkatkan mutu bungkusan dengan menambah kotak untuk tujuan perlindungan produk terbabit.[

 

Tidak hanya berdiam diri mengenai isu terbabit, Aming tampil dengan video maklum balas beserta penjelasan yang cukup ‘padu’ mengenai tindakannya untuk tidak menggunakan kotak sebagai satu daripada langkah-langkah perlindungan produk sambalnya itu.

“Thank you so much for the feedback and suggestions dari semua customer @sambalnyet . Feedback macam ni yang boleh tolong kita improve kan lagi kualiti produk kita,” tulisnya.

Dalam hantaran video tersebut, Aming memberikan empat tips mengapa produknya masih mengekalkan cara pembungkusan seperti biasa.

“First of all, saya nak minta maaf sangat-sangat sebab cikgu dah dapat sambal yang dah ada leaking hari tu… sampai habis minyak berselerak dalam parcel. Saya minta maaf kita akan ganti yang baru.

“Bukan kita tak mahu buat bungkusan kotak macam yang dah dicadangkan, namun ia sedikit terbatas kerana kami mengambil kira empat faktor.

“Ia adalah, kadar kerosakan yang rendah, time efficiency, cost effieciency dan yang keempat adalah ia untuk memudahkan kerja-kerja abang parcel untuk penghantaran,” katanya.

Tindakan Aming ini sekaligus menuai pujian positif warganet yang menyifatkan jejaka itu sebagai salah seorang contoh ketua yang baik terutamanya dalam menyelesaikan masalah berhubung produk keluarannya.

Malah, sikapnya yang sentiasa tenang dalam memberikan penjelasan membuatkan mereka yang tidak mengetahui hal berhubung perniagaan turut sama belajar daripada video yang dikongsikan.

Semenatra itu, Aming juga memaklumkan, pihaknya akan menggantikan sambal yang baru kepada pembeli yang menerima nasib yang sama dan meminta agar mereka menghubungi terus pihak perkhidmatan pelanggan.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 1 Mar 2022

Hasilkan Single OST Khilaf Asmara TV3, ‘Melepaskanmu’ Jadi Karya Terakhir Amylea Sebelum….

Penyanyi Amylea atau nama sebenarnya Amylea Azizan, 36, muncul dengan single Melepaskanmu yang juga ciptaan penuh olehnya dan bakal mengisi drama Khilaf Asmara sebagai lagu tema. Menerusi lagu ini, Amylea sekali lagi bekerjasama dengan syarikat […]

Trending Wed, 4 Dec 2019

Julian Yee, Farah Ann, and 8 More Athletes Who Won Gold Medals At The 2019 SEA Games

Malaysia has picked up 11 gold, three silver, and 10 bronze medals within two days of the games.

Featured Wed, 28 Sep 2022
Hiburan Sun, 14 Apr 2019
Trending Sun, 3 Dec 2023
error: Content is protected !!