Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi September 26, 2022 @ 11:01am

[VIDEO] “Jiwa Saya Remuk Apabila Dapat Tahu” – Catriona Ross Kongsi Kisah Ketika Anak Disahkan Hidap Autisme

Pelakon Catriona Ross berkongsi kisahnya menghadapi saat-saat sukar apabila anak keduanya, Jammal Raess disahkan Austisme di usia 2 tahun.

Berkongsi kembali kisah 8 tahun lalu dalam sebuah temu bual, Catriona bercerita mengenai perasaanya ketika mendapat tahu anaknya disahkan Autisme nonverbal (tidak boleh bercakap lebih daripada beberapa perkataan) oleh pakar.

“Ketika mula dapat tahu, peningnya saya hanya tuhan sahaja tahu, jiwa saya remuk apabila dapat tahu anak saya Autisme.

“Saya buat temu janji dengan beberapa pakar dan berjumpa pakar yang pertama dan pakar mengesahkan anak saya autisme selepas buat pemeriksaan.

“Ketika itu saya rasa lutut saya lemah sangat sedangkan saya sedang duduk dan saya rasa nak rebah. Saya pandang suami, suara saya tiba-tiba ‘sayang, saya tak boleh bernafas’.

“Saya ingat lagi saat itu, ingatkan saya duduk dah okey. Saya pandang suami dan cakap ‘saya tiada nafas’, suami saya minta saya sabar, dan saya ingat saya cakap ‘I think I’m gonna die,” kongsi Catriona.

Tidak berputus asa dan mahu puaskan hati, Catriona mengajak suami berjumpa dengan pakar lain namun tetap keputusannya sama.

“Bila dengar keputusan itu, saya akui ia takdir saya.

“Pada hari pertama, saya nangis sepuas-puasnya sebab ia bukanlah sesuatu yang kita mahukan apatah lagi bila saya rasa saya dah lakukan yang terbaik sebagai seorang ibu,” cerita Catriona.

Menerusi temu bual itu, Catriona juga mendedahkan dia selalu bertanyakan kepada sahabatnya yang juga seorang pelakon iaitu Zarina Zainuddin bagaimana untuk berhadapan dengan anak autisme ini.

“Nasib baik ada seoarang kakak yang saya sangat sayang dan berterima kasih sampai sekarang.

“Saya juga ada menghubungi Fynn Jamal lapan tahun lalu untuk bertanyakan tentang autisme.

“Dua insan inilah yang beri banyak info sekali gus membuatkan siapa diri saya sekarang yang sangat terbuka, berani dan kuat,” ujarnya.

Catriona juga bersyukur kini Raess boleh berdikari seperti menguruskan diri sendiri biarpun tidak boleh bercakap dengan baik.

“Mudah-mudah Raess lebih berdikari dan mengurus diri sebab sekarang saya tak risau apabila dia mandi dan pakai baju walaupun kadang-kadang pakai baju terbalik.

“Paling saya gembira sekarang apabila saya boleh bawa Raess bercuti dan dia suka sangat,” tambah Catriona.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cat Ross (@catrionabrianross)

Catriona mendirikan rumah tangga bersama Shaharuddin, pada 2009 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sephia Rania, Jamal Raess, dan Edruce Riyadh.

Sumber: Instagram catrionabrianross

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 3 Jan 2020

Mia Ahmad Umum Hamil Anak Kedua

Tahniah Mia dan suami!

Hiburan Thu, 14 Dec 2017

「李连杰的儿子」谢苗24年后长这样?

80/90年代广为人知的武打童星,除了释小龙以外,就是「李连杰的儿子」谢苗了。经过了24年他不仅是名体育老师,偶尔也会参与戏剧演出,让粉丝也不会看不见他。

Trending Sun, 7 Jun 2020
Hiburan Sat, 19 Jan 2019

Ganti Altimet, De Fam Mengaku Berdebar!

Whoah, we all dah tazabar nak tengok De Fam bawakan lagu Bunga.

Hiburan Mon, 8 Apr 2019

‘Kalau Kurang ‘Pakej’, Jangan Sentap’- Ucapan Azhan Rani Di Pentas DFKL 2019 Tarik Perhatian Ramai

Moga kata-kata ini jadi peringatan buat diri aku sendiri. Umur pun makin tua kot-kot aku cakap harini esok aku lupa tolong luku kepala aku.

Featured Tue, 21 Dec 2021

Pasukan Harith Iskander Berjaya Selamatkan Ibu, Bayi Terperangkap Banjir

Pelawak dan pengacara Harith Iskander, 55, yang menjalankan misi menyelamat di beberapa lokasi banjir tular di media sosial apabila dia dan pasukan berjaya menyelamatkan seorang wanita dan bayi yang terperangkap. View this post on Instagram […]

error: Content is protected !!