Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 25, 2024 @ 12:51pm

Video Latihan Di Konsert Ajai Tular, Individu Dedah Sikap Sebenar Hafiz Suip -“Dia Paling Jaga Solat, Azan Je Terus Pergi”

Penampilan terbaharu penyanyi bersuara mantap, Hafiz Suip mula mencuri perhatian selepas beberapa klip videonya hadir ketika sesi rehearsal konsert Ajai and Mega Friends yang bakal berlangsung pada 3 Ogos tular di platform TikTok.

Menerusi sepotong video pendek yang dikongsikan, Hafiz sedang menyanyikan lagu popularnya berjudul Ku Akui sambil diiringi barisan pemuzik dan mereka yang terlibat dalam menjayakan konsert tersebut.

Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian, terdapat individu didakwa ‘orang kuat’ konsert tersebut dikenali sebagai @ohmymilkmonsters mendedahkan sikap sebenar pemenang vokal terbaik Anugerah Juara Lagu untuk tiga tahun berturut-turut itu.

Dakwanya, sepanjang terlibat dalam sesi latihan tersebut, Hafiz tidak pernah meninggalkan atau melambat-lambatkan solat.

“Sepanjang kami dengan Hafiz, dia paling jaga solat. Azan sahaja terus dia pergi solat,” kongsinya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet memuji perubahan Hafiz dan mendoakan agar penyanyi berbakat besar itu kembali bangkit mewarnai industri seni tanah air.

Setakat artikel ini ditulis, vperkongsian video berkenaan telahpun meraih lebih 200,000 tontonan dan menerima lebih 11,000 tanda suka sejak ia dimuat naik pada Rabu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Wed, 17 Oct 2018

Nightstream is a New Game You Must Check Out

The game features multiple playable characters, each with their own personalities, motivations, and musical themes!

Hiburan Sun, 25 Feb 2018

“Saya Masih Sayang Ude” – Intan Liana

“Saya Masih Sayang Ude” – Intan Liana

Trending Wed, 9 May 2018

#PRU14 : Salam Takziah Kes Kedua Untuk Hari Mengundi 9.5.18

Kes kedua hari ini di Petaling Jaya Selangor, meninggal dunia sewaktu menunggu giliran untuk membuang undi

Events Mon, 4 Nov 2019

网红究竟能赚多少钱?《网红炼精术》为你揭秘

网红到底是什么?网红又是如何赚钱的呢?如何成为网红?

Featured Wed, 11 May 2022
Hiburan Tue, 11 Apr 2023
Hiburan Wed, 3 Sep 2025

Isteri Faisal Halim Luah Rasa Rindu Pada Anak – “Mummy Yakin Nanti Kita Akan Jumpa”

Isteri Faisal Halim, Syazwani beri bayangan dah lama tak jumpa anak

error: Content is protected !!