Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida October 1, 2018 @ 10:31am

Video Maki Pekerja Tular, Kakitangan M**** Kena Gantung Kerja!

Gara-gara sebuah video seorang pengurus di sebuah syarikat telekomunikasi Maxis ‘memaki’ dua pekerja, pihak syarikat berkenaan segera mengambil tindakan selepas mendapat desakan di sosial media.

Video itu mula tular sejak dua hari lalu di mana seorang wanita yang merupakan kakitangan di Maxis memarahi dalam dua pekerja termasuk seorang wanita hamil dalam cara paling ‘memalukan’.

Video selama satu minit 36 saat itu memaparkan wanita yang dipercayai majikan kepada dua pekerja wanita terbabit, diherdik dan dimarahi akibat gagal mematuhi arahan serta tugasan.

Wanita terbabit berkata “Kamu duduk di sini dan hantar sms (khidmat pesanan ringkas) sekarang! Tengok sini, kenapa kamu tidak boleh buat apabila saya suruh kamu lakukannya?

“Kamu (wanita hamil)! Apa yang kamu pandai buat?” kata wanita terbabit kepada dua pekerjanya.

Susulan daripada kejadian itu, Maxis menerusi akaun Twitter mengeluarkan kenyataan berhubung insiden terbabit.

“Baru-baru ini, sebuah video berhubung insiden di tempat kerja menarik perhatian kami. Kami kesal dengan insiden terbabit yang kini dalam siasatan sementara pekerja terbabit sudah digantung tugas.

“Insiden ini tidak mencerminkan nilai syarikat, sebaliknya kami mengamalkan nilai bersemangat tinggi, positif dan persekitaran kerja yang harmoni bagi semua pekerja,” katanya.

Maxis juga sudah menghubungi pekerja yang terjejas selain menyatakan kekesalan terhadap kejadian itu. Tahniah Maxis kerana jalankan tanggungjawab anda dengan baik! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 16 Nov 2024

“Lagu ‘Gen Z’ Tak Cukup Kuat Untuk Bersaing Di Pentas AJL 39” – Edry Abdul Halim

Edry berpendapat karya-karta Gen Z terlalu santai, tiada daya saing dan sukar bertanding dalam AJL 39

Featured Fri, 10 Nov 2023
Featured Thu, 26 Sep 2024
Hiburan Fri, 27 Aug 2021
Hiburan Sun, 19 Jan 2025
Featured Sat, 4 Mar 2023
Hiburan Wed, 2 Oct 2024

Podcast Neelofa & PU Riz Dipuji Beri Ilmu Bermanfaat – “Penyampaian Mereka Mudah Difahami”

Alhamdulillah, suka tengok content podcast macam ni ❤️❤️❤️

error: Content is protected !!