Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 11, 2025 @ 6:11pm

[VIDEO] Neelofa Tak Pernah Merajuk, PU Riz Dedah Selalu Solat Jemaah Bersama Jika Dilanda Ujian Rumah Tangga

Pasangan selebriti, Noor Neelofa dan suami tercinta, pendakwah PU Riz tampil memberi pandangan tentang bagaimana mereka menjaga keharmonian rumah tangga.

Menerusi video tular di platform TikTok NunHa, PU Riz atau nama sebenarnya, Haris Ismail bersyukur isteri tercintanya itu tidak pernah merajuk sepanjang perkahwinan mereka.

Malah, PU Riz juga memaklumkan dia dan Neelofa akan mendirikan ibadah solat secara berjemaah setiap kali dilanda ujian dalam perkahwinan.

“Alhamdulillah, Neelofa tak pernah merajuk sepanjang saya bersama dengan dia. Seorang isteri yang memahami. Dan kalau ada masalah, kami akan sama-sama solat berjemaah,” katanya.

Dalam video sama juga, Neelofa dan PU Riz turut menjawab persoalan bagaimana untuk memulihkan hubungan suami isteri yang sudah tiada tarikan dalam mahligai cinta mereka.

Menurut ibu anak dua itu, Neelofa berpendapat pasangan suami isteri perlu berbincang dalam keadaan tenang dan beradab, dan sekiranya tidak dapat mencari solusi perlu mendapatkan bantuan pihak ketiga.

“Kalau ada orang dalam situasi itu, mereka kena luahkan dengan penuh beradab dan ada toleransi macam mana nak ‘give and take’ dalam mencari solusi.

“Sekiranya benda itu terlalu complicated, kena libatkan pihak ketiga untuk kaunseling dan nasihat.Kena doa, tawakkal. Kena hidupkan kehidupan berlandasakan agama dalam rumah tangga.

“Perkahwinan bukan sekadar seronok, lebih kepada itu, ia adalah amanah,” kata Neelofa.

Sementara itu, PU Riz turut menambah dan bersetuju kenyataan Neelofa itu juga berlandaskan Al-Quran.

“Jawapan Lofa bagi itu berdasarkan ilmiah. Dalam Al-Quran beritahu kalau dilanda masalah mesti lantik wakil untuk berbicara sebab kadang kala suami isteri bila dah terlalu bermasalah, mereka tak boleh bercakap,” ujarnya.

@nunha.store

Yang dah dapatkan ticket jumpa anda di sana, kita ada buka lagi sikit untuk yang masih belum dapatkan ticket, lagi 3 hari sebelum majlis, dapatkan ticket di link bio. jangan lepaskan peluang, jumpa anda di sana! Dari Akad Ke Syurga 12/7/2025 ticket di link bio!

♬ original sound – Nunha Store HQ – Nunha Store HQ

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

FESYEN Wed, 10 Jul 2019

Pertama Kali Di Malaysia, Pameran Fesyen Mewah Ini Curi Tumpuan Neelofa!

Wow, pameran jenama fesyen apa tu sampai Neelofa pun datang..

Trending Mon, 12 Apr 2021
Trending Mon, 17 Feb 2020
Hiburan Mon, 19 Dec 2022
Events Fri, 12 Oct 2018
Featured Fri, 23 Jul 2021

“Kenapa Kaitkan Nama Orang Yang Tak Terlibat..”- Neelofa Persoal Tindakan Caprice Kaitkan Nama Rakan Artis Lain

Isu antara pendakwah bebas, Ebit Lew dan penyanyi rap, Caprice masih belum menemui jalan penyelesaian. Umum maklum ketika sidang media Ebit Lew dilakukan secara live, Ebit Lew telah menjawab pelbagai persoalan dan fitnah yang dilontarkan […]

Hiburan Wed, 20 Dec 2023

Athira Yuhada Sedia Hadap Kritikan Netizen, Bahagia Kini Sah Jadi Isteri Hafidz Roshdi

Semoga Hafidz Roshdi dan Athira Yuhada bahagia selamanya

Trending Mon, 7 Oct 2019

Tol Tidak Jadi Di Hapuskan Betul Ke?

Apa yang terkandung di manifesto dan pemahaman tidak sama?

error: Content is protected !!