Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin March 30, 2020 @ 1:14pm

[VIDEO] “Tak Pasal-Pasal Aku Digelar Diva Nanti” Nabila Huda Akui Takut Jalani Penggambaran?

Kalau sebelum ini, penyanyi Amy Search pernah mengeluarkan komen menerusi instagram anaknya, Nabila Huda berhubung perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dikeluarkan oleh kerajaan pada 18 Mac lalu, kali ini Abil pula menjelaskan tentang isu tersebut menerusi temubual beliau bersama wartawan Melodi.

Sumber : Instagram @kupu-kupu

Menurut Abil, beliau telah memaklumkan perkara berkenaan kepada pihak produksi menerusi kiriman whatsapp namun tiada respon daripada pihak berkenaan. 

“… no one respon. Diorang just bagi calltime dan lokasi sahaja, … tapi takkan i sorang je yang nak blah dan tak manis pulak, nanti kang diorang cakap aku ni diva pulak kang. I faham dari pihak production diorang kerugian tapi ni bukan isu dia, ini adalah arahan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan, takkan kita nak lawan pulak.

” On the next day, i shooting macam biasa. Tapi i shooting dalam keadaan ketakutan. Takut nanti kena tangkap….” 

 

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

Jadi memandangkan penggambaran harus diteruskan, Abil terpaksa memaklumkan perkara berkenaan kepada bapanya mengenai perkara tersebut.

Selain kes tersebut, Abil juga dilihat berang dengan sesetengah masyarakat yang masih mengamalkan panic buying sehingga melabel golongan tersebut sebagai ‘Sick’. Dan, video tersebut telah ditonton sebanyak 597,196 tontonan.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

Dan kepada rakyat Malaysia, apa yang dikatakan oleh Nabila Huda ni ada betulnya, sama-samalah kita banteras penularan wabak Covid-19 dengan #StayAtHome dan ambil peluang ini untuk luangkan masa bersama keluarga tersayang.

Untuk dapatkan berita terkini mengenai gosip-gosip artis yang panas, jangan lupa saksikan Melodi pada setiap hari Ahad, jam 12 tengah hari hanya di TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Thu, 15 Dec 2022

[VIDEO] Kongsi Momen Jaga Anak Di Hospital, Ramai Doakan Anak Hanis Zalikha Cepat Sembuh

Pengacara dan pelakon Hanis Zalikha memuat naik video berkongsi momen bersama anaknya, Alisa Aisyah di hospital, baru-baru ini. Menerusi hantaran tersebut, Hanis menjaga Alisa dan berada di sisinya sepanjang berada di hospital. Malah, suami Hanis, […]

Hiburan Fri, 1 Dec 2017

Siti Sarah Masuk Hospital Selepas Shuib Undur Diri Dari Sinar FM

Siti Sarah Raisuddin yang dikejarkan ke hospital malam tadi akibat tekanan darah rendah turut mencuri tumpuan para peminat pelawak popular tersebut.

Hiburan Wed, 25 Jul 2018

Bagi Sedikit Masa, Aliff Aziz Mengaku Tak Pernah Lupa…

Insha Allah, Aliff Aziz akan kembali ke studio sekiranya mendapat material sesuai. Bukan tak rindu nak menyanyi cuma…

Hiburan Fri, 1 Sep 2023
Hiburan Tue, 31 Mar 2026
Agama Thu, 27 Jun 2024

Kecoh Trend Childfree, Ini Pencerahan Pejabat Mufti

Jangan kecoh, ini pencerahan Mufti

Featured Mon, 20 Nov 2023
error: Content is protected !!