Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 9, 2025 @ 6:20pm

[VIDEO] “Tak Sangka Jadi Sarang Pel*curan” – Aliff Syukri Dakwa Rumah Diceroboh, Serbu Wanita Bersama Lima Lelaki

Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa marah dan kecewa apabila sebuah rumah miliknya di kampung dipercayai telah diceroboh dan dijadikan ‘sarang maksiat’.

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram (IG), Aliff, 38, mendakwa kediaman tersebut bukan saja diceroboh, malah disalah guna menjadi lokasi kegiatan pelacuran dan penyalahgunaan dadah.

“Papa langsung tak sangka rumah papa boleh dijadikan tempat maksiat. Mereka masuk sesuka hati, perempuan seorang ni duduk berseronok dengan lima lelaki. Siap bawa masuk dadah lagi,” katanya.

Dalam video berdurasi beberapa minit itu, kelihatan Aliff bersama isterinya, Datin Seri Shahida, melakukan serbuan ke atas rumah berkenaan sebelum berjaya menangkap seorang wanita dipercayai warga Indonesia.

Wanita berkenaan dikatakan mengenakan pakaian menjolok mata dan sedang bersama lima lelaki ketika diserbu.

“Awak jual diri ya? Kenapa datang rumah saya bawa lima lelaki? Masuk rumah orang pakai seksi macam ni, memang cari pasal. Jangan sampai saya naik tangan!” katanya tegas.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen menasihati Aliff agar segera membuat laporan polis agar tindakan sewajarnya dapat diambil terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 14 Aug 2018

Bapa Positif Dadah Tetak Anak Umur Lima Tahun

Siasatan mendapati suspek adalah peminum tegar air ketum selain saringan ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine (syabu).

familuv Wed, 28 Dec 2022

Kongsi Pengalaman Bercuti Tanpa Pembantu… Awal Ashaari Belajar Sabar, Rasa Lebih Dekat Dengan Anak

Pengacara Awal Ashaari berkongsi pengalaman menjaga dua orang anak perempuannya tanpa pembantu ketika sedang bercuti di London. Menerusi hantaran di Instagram, Awal menceritakan kehidupan tanpa pembantu telah mengajarnya erti kesabaran dan turut membuatkan dirinya lebih […]

Hiburan Thu, 30 Oct 2025

Ganjaran Hebat Menanti Pelanggan Menerusi Tonton Rewards!

Jangan lepaskan peluang menikmati ganjaran berganda setiap bulan!

Selebriti Thu, 15 Feb 2024
Hiburan Sun, 28 Jan 2024
Hiburan Mon, 25 Mar 2019

Haqiem Rusli Kini Lebih Happy

Tak mahu ingat hal lepas, Haqiem bangkit dengan semangat baharu!

Hiburan Thu, 25 Dec 2025
Featured Mon, 16 Dec 2024

Nyanyian Mas Idayu Di Konsert Final Famili Duo 4 Dikritik Warganet, Ada Yang Komen ‘Berdesing’

Nyanyian Mas Idayu menerima pelbagai respons dalam kalangan warganet.

error: Content is protected !!